Cerita Hidup




Assalamualaikum...

Rasa macam dah agak lama tak update blog. Aku rasa kalau dibuat tapai dah lama boleh makan dah. 
Malas? Boleh dikira sebagai salah satu faktor. 
Sibuk? Pun boleh dikira sebagai faktor yang dominos dominan gitu.
Alaa, lagipun kisah hidup aku ni tade la menarik mana kalau nak dibandingkan dengan korang. Hidup aku tiap-tiap hari duk ulang alik pegi kelas, opis, lab, kelas, opis, lab, pastu kelas lagi pastu toilet jap pastu opis.
Tapi hari ni rasa rajin dia tu lain macam sikit nak taip panjang-panjang. So bear with me okay, kalau tak suka boleh pangkah tab sebelum ko baling sliper jepun kat laptop ko.

Nilah keja aku hari-hari. Kalau tak bukak whatsapp satu hari tak sah. Ada ja nak bincang pasal projek la, FYP la, sampling la, proposal la. Kalau pakai kredit kompem 1 hari ja kredit aku habis. *Maxis cekik darah*
Lately ni hidup aku agak busy. Final year lah kata khonn. *Fliphair*
Tidur pun tak cukup jam. Makan tak teratur sampaikan 2 minggu aku kat UMT ni dah turun 2 kilo setengah. 
Tak payah diet kau! Masuk final year kompem slim macam Che Ta gitew. *Kelip-kelip bulu mata 60km/j*

Mesti tuan hamba berkata di dalam hati tuan hamba seraya mengeluarkan keris: Cis! Cerita busy mengalahkan menteri timo leste ja.
Aaah! Tak caya sudah. Ada yang tanya, bila nak update blog?
Ko ingat senang aku nak pikir idea semua tu. Berguling-guling tertonggeng-tonggeng aku pikir tau sambil teguk tongkat ali setengah paket.

Okay, back to the story morry. Walaupun dah almost 3 tahun kat sini tapi ada ja experience baru. Semester ni aku dapat bilik dekat blok baru. Blok yang dipuja-puja dimimpi-mimpi oleh semua mahasiswa kat UMT ni yang hanya boleh dimiliki oleh 'orang-orang tertentu' sahaja. 
Aku? Of kos lah termasuk dalam golongan 'orang-orang tertentu' tu. *Lambai-lambai diva*
*Walaupun aku tak tahu apa yang dimaksudkan oleh 'orang-orang tertentu' menurut MKS*

Tapi on top of everything, kira bersyukur gila lah aku dapat duduk hostel compared dengan member aku yang kalut kena cari rumah sewa and so on. Yang merempat kat surau pun ada. Sebab tu kekadang bilik aku dijadikan macam sort of bilik tumpangan bagi member-member yang memerlukan. Alaa, bilik besor kan kongsi lerr. 

Hari tu, kitorang kena hantar borang final year project dekat penyelia. Gigih aku bangun awal pagi semata nak pegi supervisor nak mintak cop and sign semua. Bila-bila pergi ja bilik penyelia kunci. Katanya dia keluar. Rasa macam kaki aku ni longgar semacam ja bila tahu dia tade kat bilik. Banyak kali jugak aku tendang pintu bilik dia. Harap cctv tak record apa yang aku buat. Rasa so sad macam nak terjun bangunan ja. 

Oke, tapelah. Kalau dia dah tade alang-alang dah sampai fakulti ni boleh singgah lab sambung buat FYP slow-slow.  (Desis hati kecilku yang luhur)

Lepas tu aku terus proceed pegi lab dengan hati yang keciwe dan hampa sebab tak dapat hantar borang. 
Sampai ja dekat lab, En.Mad si lab assistant pulak hilang entah ke mana. Baru nak mintak guna portable microscope. So memang tak boleh buat apa aku hanya mampu tenung ja insects aku duk berendam dalam alcohol dengan perasaan hiba. Last-last aku balik bilik tapau roti canai cheese 2 ketul pastu merengkok atas katil sampai petang.

Malam? Bukak fesbuk check assignment baru. Memang kompem akan ada assignment baru yang dipost oleh para lecturer yang berdedikasi. Maigad!
Aku tidur around pukul 2 or 3 pagi. Time tu dah kira macam waktu yang paling optimum dah tu. Masa ni tak kira dah tidur tergolek ke terkangkang ke aku dah tak peduli. Kalau ada bunyi pelik-pelik tu aku steady ja sebab malas nak layan. Kalau ada bunyi kucing bergaduh or mengawan aku ada sediakan 3/4 ketul batu, nanti boleh baling ja ikut tingkap.

Fuhh, nampaknya kena tahan je la dengan timetable macam ni 9/10 bulan lagi.
Hati mesti kental, jiwa kena taff gitu. Dugaan memang banyak. Tapi lama-lama akan terbiasa punya. Dah nama pun tahun akhir. Tahun akhir mana yang tak azab dok?
Mesti kau bosan kan baca benda ni, yelah cerita pasal hidup aku je kan. Tapi kalau aku dah lama tak update blog tu satu ja kau kena tahu, aku tak ada idea nak tulis apa. Kalau setiap hari duk cerita pasal hidup aku pun bosan jugak. Okay lah, salam 1 Malaysia! *tetibe*


Final year? We can go through it!

 “If you don’t value your time, neither will others. Stop giving away your time and talents. Value what you know & start charging for it.”
-Kim Garst
THE END...

2 comments:

Jebon said...

You can do it chayo chayok!

Iylia Syazwanie said...

@Jebon

Insyaallah :) Thank you for your support.