Resepi: Apam Polka Dots




Assalamualaikum...

Dah lama.....Pak Adi...tak..update..belog!
*Baca ala-ala cerita Tanah Kubur*

Blog pun dah nak terkubur dah. Tunggu mau tanam ja.
Biasalah, bila menjelang final year, bila menjelang lebaran ni, Pak Adi bizi sikit. 
Bizi gali kubur orang... 
*Hokay, tak lawak. Baling saya dengan selipar jepun kaler hijau sekarang*

Main pejam celik dah nak 2 minggu kita puasa. Alhamdulillah.
Dah boleh start buat biskut raya dah slow-slow.
Last few weeks, aku tetibe gatal tangan nak buat kek kat dapur.
Tapi buat kek ni leceh sikit, so aku pun buatlah apam polka dots. Lagi senang gituu... 

Lepas call member, sanak saudara saudari cikebum-cikebum mencari resepi,
last-last dapat jugak! Kredit for my teacher's daughter and my bestie Cik Pipah for helping meh! 
Then, bila dah siap masak, apam pun nampak comel dan menggoda, biasalah tunjuk jakun dengan arus pembangunan teknologi masa kini, aku upload masuk dalam instagram. Since then ramai yang mintak resepi. 
So, here I am! 

Tanpa berlengah lagi! Jum tengok resepi! 

Bahan-bahan: 
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovallete 
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu cair
2 cawan self-raising flour
jem or filling yang disukai
and pewarna yang korang suka

Cara-caranya: 
1) Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete sampai kembang and jadi kaler putih.
2) Then masukkan susu cair dan gaul sebati.
3) Pastu masukkan tepung and gaul sebati lagi.
4) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian and titik pewarna yang anda suka. (contoh: kuning and hijau).
5) Isikan adunan kedalam piping beg/ beg plastik untuk isi dalam bekas acuan. (Boleh guna acuan lompang or cupcake)
6) Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukkan sedikit jem, dan masukkan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.
7) Hiaskan dot-dot ke atas adunan mengikut kreativiti dan inovasi korang. 
8) Panaskan pengukus dan kukus selama 10-15 minit dengan medium heat. 

Siap! 

Gambar instagram...


Comel kan? Comel kan?


Lagi gambar apam...


This one blue-pink colour before kena kukus.





Oke, dah. Tengok lama-lama nanti batal puasa. 
Bolehlah korang buat untuk raya nanti. 
Good luck! 

THE END... 
p/s: Kalau ada dot-dot yang buruk or terbesar ke, boleh guna toothpick untuk betulkan.


No comments: