Tips Menghadapi Cuaca Panas




Assalamualaikum...

Lately ni cuaca makin panas. Panas dia pulak ekstrim lain macam sampai kau mandi limaratosribupatlohnam kali pun nescaya takkan cukup nak hilangkan kepanasan yang kau rasa. Akibat rutin hidup aku yang bajet sibuk memanjang  kehulu kehilir di bawah terik sang matahari, maka terkenalah tempias kesan daripada cuaca panas. 
Seminggu dua ni aku selalu rasa cepat penat, sore throat, rasa macam nak pitam, blurred vision dan simptom-simptom yang sewaktu dengannya. So, Dr.Google mengesahkan bahawa aku menghadapi simptom-simptom awal kesan dari pendedahan kepada cuaca panas. 

Nampak tak muka gelap tahap bangla di situ akibat pigmentasi yang berleluasa. Saham gua jatuh 90%. "Anney, roti canai satu dey!".  Oh why bete? Why? 


Oleh hal yang demikian! (*Ayat power habis)
Aku pun mengambillah langkah pencegahan awal bagi memerangi cuaca panas di Malaysia. Especially dekat UMT ni yang tepi pantai and terdedah dengan kepanasan yang melampau-lampau sampai kalah Kak Ton yang 'hot' tau! 

1) Minum air masak!!!

Aku admit yang dulu aku selalu malas minum air masak. Kununnya tak sedap lah, tade rasalah, tawar lah dan segala alasan-alasan syaitonirojim yang lain. Maklumlah, zaman sekarang air bergas yang sodap dan kaya dengan gula dan kalori yang tinggi menjadi kegemaran ramai khonn?? Termasuklah aku. Nak-nak pulak kalau letak float kat atas, fuhh!!! Heaven bak hang! Tapi bila cuaca panas sekarang baru aku sedar akan kepentingan air masak. Bila aku banyak minum air masak, aku perhati kulit dah tak kering macam dulu, badan tak lesu and digestive system makin aktif memproses segala makanan kepada tinja-tinja yang berkaitan. Minum air masak ni ponting bagi mengelakkan diri kita dehydrated sebab cuaca ekstrim. Aku salute dengan most of the Chinese students. Dorang selalu bawak botol ayaq besor-besor ke kuliah. Kita yang melayu ni, malu nak bawak. Tade kelas la, tak style la, tak macho la kuhnun. *aptb!
Padahal sekarang ni banyak botol air yang cute miut lawa-lawa dan stylo. 


Ayuhla kita membawa botol air kiut miut ke kelas! Orang yang tak bawak botol air tak style hokay! *fliphair sampai gugur.

Kalau rasa tak suka dengan rasa air masak yang sememangnya tade rasa, dah taste bud kau memang dah allergic sangat dengan rasa air masak, boleh letakkan satu hirisan lemon atau limau atau stroberi atau buah-buahan lain yang anda gemari untuk dapatkan a glimpse of the taste. Air masak tu pun jadi lebih refreshing untuk diminum kan? Jangan letak buah durian udahlah ya. 


2) Elakkan direct contact dengan sang matahari

Cuaca panas tak bermakna kita kena hadkan aktiviti luar ye dak. Ni montang-montang cuaca panas, ko duk  terperap dalam bilik mengadap pesbuk 24jam apa kolas? So, here's a tip, kalau nak keluar pegi beli makanan ke, pegi kelas ke, jangan lupa bawak payung. Selain dari dapat melindungi kulit anda dari cahaya matahari, anda juga dapat bergaya ke kuliah dengan payung anda. Jangan ingat payung pakai time hujan ja.
Pakai lah baju dari material cotton yang menyerap peluh. Kau tak payah nak fefeeling korea sangat pakai baju dari bulu biri-biri even bebiri tu dari ladang atuk kau yang punya. Kang ada yang pengsan tengah jalan sebab tak tahan panas jangan kau bunuh pulak bebiri atuk kau tu. Next! Sebagai mahasiswa yang aktif  proaktif inovatif kreatif dan segala -tif kat belakang tu, memang tak lepas dari bersukan. Especially boys kan? Kalau tak keluar main futsal satu hari rasa macam mati kucing ja. Bila cuaca panas, apa kata kita bersukan pada waktu malam? Sejuk pun sejuk, kulit pun tak 'burnt' khonn? 


Contohilah kami. Ber-netball and ber-basketball di waktu malam. Oh yeah!


3) Sunblock dan Moisturiser!

Okay girls! Musuh utama kita: Cuaca panas dan kulit gelap!
So, before keluar rumah jangan lupa pakai sunblock. Never ever leave your house without a sunblock. Nanti  bila muka dah itam menyesal kemudian tidak berguna lagi. Moisturiser jugak perlu bagi mengelakkan kulit kita yang gojes macam Kak Ton kekal jelita dan lembab sepanjang masa. 

I'm using Mentholatum Sunplay UV Mist Sunblock SPF80. 
Tak melekit, tak berminyak, tak berkilau and bau harum sepanjang zaman! 
Boleh didapati di drug-store seperti Guardian dan Watson berdekatan anda.


So, that's it! Hope it helps! :)

THE END
Doa ketika cuaca panas: Ya Allah, Engkau lindungilah kami daripada kejahatan peluh-peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan api neraka. Aamiinn...


6 comments:

hanizatul amira said...

lately panas gila. smpi demam dibuatnya

Iylia Syazwanie said...

@hanizatul amira

Kan? Take care and jangan lupa minum banyak air ya :)

atiqa aris said...

info berguna. keep it up:) tape gelap2 pon still suwit dun worry:)

Iylia Syazwanie said...

@atiqa aris

Thankies dear :)

Amalina Azlan said...

hai, sunblock tu kan spray je kat muka tangan cam tu eh ? hihi baru nak guna

Iylia Syazwanie said...

@Amalina Azlan

Hai Amalina. Sunblock tu spray dekat tangan then sapu kat muka. Jangan spray kat muka direct. Takut ter-inhale nanti. :)