Bosan



Assalamualaikum...

Aku baru ja menapakkan kaki ku yang berdaulat ke UMT selepas bercuti selama 5 hari. 
Cuti? Bunyinya macam menarik dan menyeronokkan. Bunyi jelah seronok, tapi aku tak seronok mana pun. Mana taknya, bangun pagi terus hadap meja makan. Puas melantak terus baring tengok cite kartun pulak. Pastu sambung main fruit ninja, cuci tahi pou yang dah berdozen banyaknya. Kalau bosan lagi main we chat macam orang tak betul dengan kakak sendiri. Padahal satu rumah ja. Pfftt! Kalau bosan jugak lagi? Aku amek gambar makanan pastu upload kat instagram bagi orang terliur, hmmph! puas hati aku. Nampak tak jadual aku sangat tak produktif. Kalau aku berpeloh pun time tade letrik jelah. Malangnya, rumah aku tak black out time PRU hari tu so maknanya memang aku tak berpeluh. *Baling weight scale luar tingkap.

Aku cuba untuk mengelakkan diri dari membuat aktiviti yang membuat para ibu berleter panjang. Namun aku tidak berdaya. Kadang-kadang bukak mata dari tidur ja aku termenung kejap atas katil. Tetibe aku fikirkan pasal masalah negara. Pastu aku baring balik. Then aku pikir pasal masalah remaja zaman sekarang. Rumit sungguh hidup aku rupanya. Bila fikir masalah, aku terlintas pasal masalah final year project aku. Lepas tu aku bangun balik then pergi bekpes memandangkan masalah tersebut sangat rumit. Aku cuma mampu berharap agar dapat menyelesaikan masalah tersebut di lain masa. *sembang

Sekali sekala, aku paksa umi teman aku melepak dekat mall. Orang lain lepak dengan balak, aku lepak dengan umi. Alangkah sopannya aku! lol! lol! lol! Kekadang aku asyik duk berdating ja dengan umi sampaikan abah pun naik jeles dengan aku. Maklumlah, anak umi kan.. Makan dengan umi, lepak dengan umi, tengok sinetron dengan umi, tidur bawah ketiak umi... LOLOLOLOLOL!! Too much information exposed! Shadap you! 

Nampak tak muka gilos kami adik beradik bila keluar rumah. Nampak sangat minda tak berkembang akibat kekurangan DHA dan Tryptophan.  

So, bila balik UMT ni aku berharap agar kehidupan aku kembali produktif dan proaktif. Hal ini sangat penting bagi mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan dan kekal jelita sepanjang zaman seperti Kak Ton. Pffftt!!! 


THE END...

No comments: