Victim of Circumstances




Assalamualaikum...

Mungkin dah lama jugak aku tak menari-narikan jari-jemari aku yang kununnya runcing ni di atas keyboard. 
*Bajet macam orang peduli ja* 
Dulu time free taip entry pun laju-laju macam orang main piano tahap maestro sampai kalah Awie si justin bibir malaysia. Eh, Awie tak main piano. K foinee.. 

Sekarang bila time sibuk mengalahkan pak cik-pak cik yang tengah struggle pasang bendera untuk PRU13, nak sentuh laptop pun malas. Kekadang kalau online lama siket rasa lagha and berdosa gila. 
Roommate aku cakap: 
Iylia jarang online? Pfftt!! Dah tak lama lettew! 

Cis! Statement bikin hati membara saja. Tak pasal-pasal kena siku dengan aku sampai lebam.
Biasalah, bila dah nak masuk final year ni macam-macam kerja and masalah yang tumbuh macam cendawan selepas hujan walaupun kat Teganu ni cuaca panas membahang level patplohnamribulimabelas darjah celcius! Kalau tak pakai sunblock SPF 2000 nescaya kulit akan jadi macam Mario Balotelli. Rasa macam jadi mangsa keadaan sangat! -ayat hiperbola habis!



Tajuk-tajuk final year project yang kena pilih. 
Sekarang tetibe lecturer semua tengah hot sebab semua students tengah berebut mintak dorang jadi supervisor. Termasuk akulah op kos. Emel lecturer tu, ketuk pintu bilik lecturer ni, merayu sampai sedut hingus ke lantai dekat lecturer tu. Time ni dah tak kira muka tebal ke nipis dah. Asalkan dapat research yang kita nak. Nak pilih tajuk FYP pun setengah nak mati sampai buat solat istikharah sebab tataw nak pilih yang mana. Nasib aku tak pakai kaedah Justin Bibir ja : Eenie meenie miney mo, which type of research should I go? 


Sibuk-sibuk pun peduli hape aku, di mana ada benda comel di situ ada aku. 
Kunun jadi ajk, time orang tengah sibuk layan VVIP masuk dewan, aku sibuk duk layan arnab-arnab chumel   . Sekali lagi, peduli apa aku. Pffftt!


Kan aku dah cakap, di mana ada benda comel, di situ ada aku. 
Tak memasal sugar glider ni berak atas aku. Nebes agaknya. *cehalasonmu!!


Instagram lah menjadi pengganti belog untuk update kehidupan hari-hari.
*sekali lagi bajet macam orang peduli*
Yang ni muka gedik nak join konvensyen itu ini. Padahal lab report bertimbun nak kena buat. Mana nak pikir pasal FYP lagi. Kalau boleh segala konvensyen kat umt ni kami nak join. Kunun best student. Padahal nak usha mamat-mamat hensem UPNM yang segak beruniform badan taf-taf gitu! *cehkegedikanmu! 

Tapi, yelah kan, kalau tak join itu ini bosan jugak asyik mengadap kerja ja. Sampai bila hidup tak berkembang ye dak? Asyik duk berkepam dengan esainmen ja lama-lama muka pun jadi petik sawo.
So,  no matter how stressful or preoccupied you are, be a happy student. Choose to be a student of life, rather than being a victim of a circumstances. :)

THE END...

No comments: