Resepi : Singgang Ikan





Assalamualaikum....

As usual bila balik cuti umi akan suruh masak.
Katanya, bila lagi nak rasa air tangan anak pempuan dia ni kalau aku tak cuti. 
So, hari tu umi request buat singgang ikan and I was like very gumbire like a retarded seal sebab singgang ikan lah masakan kampung yang paling sonang kat atas dunia ni. 
Main campak-campak masuk periuk tup-tup dah siap! And not forget to mention sedap pulak tu. 
 So, kalau korang rasa lapar and malas nak masak pada masa yang sama boleh try resepi ni. 
For those yang nak diet tu, masakan ni memang sesuai sebab tak guna minyak langsung. Not trans fat or transnasional you ols!

Okay let's begin!
Bahan-bahannya: 
Ikan kembung (Berapa ekor depends atas korang)
Bawang merah seulas
Bawang putih seulas
Cili merah besar
Timun setengah batang
Serbuk kunyit setengah sudu kecik
Asam keping 2 (Kalau nak masam lagi boleh taruk lebih)
Serai sebatang
Lengkuas (sikit ja)
Garam and gula secukup rasa


Cara-caranya: 
1) Firstly, mayang bawang merah and bawang putih halus-halus.
2) Potong timun and cili macam biasa and ketuk serai.
3) Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan (bawang, serai, timun, serbuk kunyit, lengkuas, cili, asam keping).
4) Then masukkan air dan tunggu sampai mendidih. 
5) Bila air dah mendidih boleh masukkan ikan, garam dan gula and tunggu sampai ikan masak. Siap!!!





Senang kan? 
10 minit dah siap.
Dari masak maggi baik masak singgang ikan lagi sedap and berkhasiat.



Ni lah masakan malas orang bujang. Nasib baik umi chop lulus. Fuhh!
By the way, singgang ni sedap dimakan bersama kentang pedas, ayam goreng, ikan kering and so on.
Kalau taruk kuah singgang banyak-banyak dalam nasi sampai limpah lagi sodap!! 

So, happy cooking girls! :)

THE END...
nota kaki: tunggu resepi kentang pedas on the next entry! :D

2 comments:

Gadis Kampung said...

GK dok cari resepi singgang..tiba2 teringin nak makan singgang lak...budu tak ltk ke?

Iylia Syazwanie said...

@Gadis Kampung

Kita tak letak budu dalam singgang. Budu kita letak asing. Tapi still makan nasi singgang ikan dengan budu. Sedap! :) Tapi ikut cita rasa masing-masing lah kan. :)