Tragedi!




Assalamualaikum...

Blog dah berhabuk sana sini sebab lama tak update. 
Kalau boleh kumpul semua habuk dan sawang dekat blog ni dah boleh buat rumah hantu dah. 

Alasan tak update sebab malas. As simple as that. 
Malas sebab banyak lagi kerja penting nak kena siapkan. 
Meeting sana sini, project sana sini, lab report bertimbun. Kalau nak listkan semua kerja maka nescaya takkan cukup namplohpatribulimabelas page. Jika diikutkan hati, limpa dan usus ini, mahu saja gua berhenti setadi. Tapi gua tampar-tampar diri sendiri setiap kali perkataan 'berhenti setadi' terlintas di fikiran yang tandus ini sambil baca ayat kursi untuk menghalau segala syaitonirojim yang bergayut di kepala otak gua. Cis! Sungguh bedebah syaiton zaman kini. Tsk! 


Kuala Terengganu. Tempat kami selalu ulang alik pegi shopping meeting dengan mentor and discuss pasal incoming project. Namun, sesuatu yang kurang enak telah berlaku kepada kami.......

Oleh sebab GB otak kami sudah terlalu banyak diisi oleh benda-benda ilmiah lagi ilmuan, maka GB untuk menyimpan memori "Isi minyak kete!!" tidak dapat disimpan dengan sempurna. Jadi kereta kami pun 'syahid' lah di tengah traffic light bersama ribuan kereta yang laju bapak gila tahap tak cukup meter. 

Perasaan malu yang ditanggung adalah amat berat sekali. Lagi berat dari beras cap rambutan yang 10 kilo. Dengan badan yang penat akibat meeting seharian dan perut yang memboyot kekenyangan dengan kayepsi. Omaigattt!!!! Tak tahulah gua bagaimana nak menceritakan perasaan gua ketika itu.
 *Asal asyik tukar kata ganti diri ja ni -.-''*

Maka dengan bantuan seorang abang encem, kami pun menolaklah akan keretanya itu ke bahu jalan dengan muka yang blushing level infinity. Oh God...Why??....Why??
Tahap stress kami makin meningkat apabila mengetahui bahwa abang encem tadi sudahpun berumahtangga dan mempunyai 3 orang anak. Cinabeng!


Oleh sebab tidak dapat menahan amarah yang membara dan tidak dapat menerima hakikat bahwa abang encem dah berkahwin, maka berlakulah drama sinetron telenovela tepi jalan. Kami menyalahkan antara satu sama lain atas kecuaian tidak mengisi minyak kereta dengan kadar yang cukup. Drama ini tamat kira-kira sejam kemudian apabila ada insan prihatin yang sudi untuk membeli minyak bagi pihak kami. 

Maka....
Siapakah gerangan pelakon-pelakon drama "Lupa Isi Minyak Kete" arahan Samsol Yusop ini?

Inilah dia para pelakon drama yang hebat tadi. Identiti sebenar dirahsiakan bagi mengelakkan kontrobersi pihak Melodi dan Malatop! 


THE END...
moral of the drama: jangan lupa isi minyak kete!!!!!

2 comments:

Ridzwan Mohamed said...

yg gambar ketiga btol2 mcm tgh shooting. err bile tygn drama ni ye...?

hehehe

Iylia Syazwanie said...

@Ridzuan Mohamed

Hahaha... Kalau takde aral melintang maybe next month keluar... LOL! xD