Cuti Has It's Own Price




Assalamualaikum...

Tetibe aku rasa menyesal tempek kalendar akedemik dekat dinding. 
Tiap-tiap hari duk hadap kalendar ja sambil bilang hari nak balik kampung. 
Kadang-kadang tengok kalendar pun boleh jadi horny tahu! 

Kira-kira pakai jari kaki ada lebih kurang seminggu lagi nak cuti. 
*Ceh..Seminggu ja lagi. Kerjap jetuww.. (spelling merosakkan bangsa) - Bisikku di dalam hati dengan takkaburnya.
Tapi nak cuti pun ada azab dia...
Dalam masa seminggu apa pun boleh jadi. 

Jalan-jalan pergi kuliah tetibe nampak asap kepol-kepol. Aku bajet pak cik kebun buat open burning secara berleluasa. Baru bajet hero nak pegi maki tapi rupanya canseleri yang terbakor. MasyaAllah...

 So, aku ponteng kelas, lepak dekat canseleri sambil tunggu abang bomba hot. 
Kawan aku ada wassep: Iylia, bila ko tengok api tu ko menjerit tak? Mesti takut kan??
Aku reply: Tak, aku berhenti amek gambar banyak-banyak then upload dekat instagram. *kids nowadays...*


Bukan setakat kebakaran ja boleh terjadi dalam masa seminggu tu, kegilaan yang teramat juga boleh berlaku. Oleh kerana masa mencemburui kami yang nak cuti ni, maka kami diberi tugas dan kerja tahap diluar petala normal. Hal ini menyebabkan kami bekerja selama 24/7 setiap hari secara non stop. Masa yang diluangkan hanyalah untuk buat esainmen, project, research proposal, lab report and study untuk test. Manakala masa yang diluangkan untuk ke tandas, berkuak lintang di atas katil dan bergelak ketawa menonton running man amatlah terhad. Mana nak pikir pasal menu yang nak masak bila balik rumah nanti, pikir pasal photoshoot dengan talent agency lagi, dengan interview lagi... Sedih tahu! *flip table dekat kafe hostel*


Namun, masa untuk ber-camwhore masih lagi diteruskan bagi me-release-kan stress. *cehalasanmu

Posing dengan buku biostat level 99.


Posing dengan buku biostat level infinity and beyond.


Muka suci sesuci lebaran hantar lab report. Rasa macam dilahirkan semula ja lepas siap lab report limaplohnamribupatplohlapan pages. *cehhyperbolamu

Umi ada text hari tu...

Umi: Ohoi! Hoi! Balik cuti bila? Tiket dah beli belom?
Aku: Ohoi! Hoi! Cuti 4 hb ni. Tiket dah beli puan!
Umi: Nanti kalau sampai cakaplah, umi pegi amek kat station.
Aku: Orait mam besar.
Umi: Balik nanti jangan reti bawak balik baju kotor nak dobi kat rumah ja, bawak balik menantu untuk umi sekali!
Aku: Baik! *reply dengan muka yang tak dapat nak di-describe kehuduhan dan ke-terkejut-an nya.*


So, a few days then I sent her this one picture with the caption: Nah. Your son in law. Nanti Lia bawak balik cuti ni yaa.. :P

Then umi reply: Umi tak restu! Titik!

Balik cuti ni Lia bawak balik menantu untuk umi yaa... Heh heh..


THE END...
nota kaki: tajuk tade kaitan langsung dengan isi entry. peduli hape. lailailailailai.

1 comment:

ajie_sakura said...

Haha, kesian umi tu lia . Hahaha. :DD