Resepi: Chocolate Fondant




Assalamualaikum...
Masa cuti adalah masa yang terbaik untuk ber-eksperimen di dapur. 
Disebabkan banyak free time dibazirkan dengan aktiviti yang melaghakan, 
maka moh la kita ke dapur. 

So, resepi ni mudah ja. 
Adik aku pun boleh buat tanpa pengawasan orang dewasa yakni umi aku. 
Actually konsep kek ni nak lebih kurang dengan lava cake yang korang makan kat Pizza Hut tu. 
So, daripada beli kat pizza, baik buat sendiri banyak-banyak. Huahuahua! 

Jadi, bahan-bahannya: 
4 biji telur
100g butter
2tbs tepung
150g coklat
125g gula

Cara-caranya: 

1) Firstly cairkan coklat dan butter di dalam periuk yang diletakkan di dalam kuali berisi air yang menggelegak.
2) Bila dah cair, biarkan dia sejuk kejap.
3) Sementara tu, kacau telur dengan gula sampai kembang and fluffy.
4) Campurkan cairan coklat dan butter tadi dalam adunan telur dan gula tadi. Kemudian, tambahkan tepung and kacau sampai sebati.
5) Masukkan adunan tadi dalam ramekin cups. Tapi jangan lupa untuk grease-kan ramekin cups tu dulu supaya kek tak melekat nanti. Kalau tade ramekin cups boleh pakai loyang untuk muffins.


6) Letak adunan tadi dalam peti sejuk selama sejam.
7) Lepas tu masak dalam oven untuk 6-8 minit sampai bahagian atas dia mula merekah macam biskut. 
 Dan...Siap!!!!! 



Bila dipotong, maka mencurah-curahlah coklat ke ladang gandum. Weee~
Boleh dimakan bersama whipped cream or ice cream.

Senang kan?
Happy cooking! :)

THE END...
nota kaki: jangan bakar dalam oven lama sangat. nanti coklat tu keras.

6 comments:

MaDiey FazuDin said...

klu chocolate cake boleh lgi buat klu yg nie slalu beli je..haha..
http://madieyfazudin92.blogspot.com/

icyme said...

Dah boleh nego kat uni ni.... hahahaha~
nampak sedap! ^.^

Iylia Syazwanie said...

@MaDiey FazuDin

Yang ni lagi senang nak buat dari kek coklat. Boleh buat banyak-banyak. Kalau beli mahal la siket.

Iylia Syazwanie said...

@icyme

Efa la jual kat uni. Kita try beli. Hahahaha.

Syaza said...

oven tu nk kena letak berapa degree ek ?

Syaza said...

oven tu nak panaskan berapa degree ek ?