Cerita Cuti




Assalamualaikum...

Dah habis cuti baru nak update pasal cuti kan? *sigh...
Well, basically cuti kali ni was slightly different compared dengan cuti-cuti sem yang lepas.
Sepupu kitorang mintak tolong with his wedding and stuffs memandangkan dia noob sangat bab-bab kahwin ni.
(P/s: Angah, kalau noob bab kahwin, mana boleh kahwin! Aiyoo... *major facepalm)

So, lepas bincang tema apa and so on, finally he decided it to be simple, cincai-cincai ja and pink coloured. I repeat, PINK! *pengsan* 
Well, walaupun dia kata simple and cincai-cincai ja, tapi of courselah we give our best effort for our own cousin right.
Jadi almost setiap harilah kitorang keluar ulang-alik pergi bridal store dan yang sewaktu dengannya semata nak siapkan hantaran. Bila ada bunga tak cukuplah, lace tertinggallah or glue gun habis peluru lah, kena pergi beli balik. Penat nak buat hantaran ni tahu! Tiap kali pegi bridal store mesti akak-akak salesgirl tu gelak-gelak ingat aku yang nak kahwin. Moga tempias tu sampailah kan sikit-sikit...Hik hoks hik hoks. *gedik syaitonirojim*


Bila dah meningkat usia ni mulalah tahap imaginasi menurun inversely proportional dengan tahap kedutan di muka. Terpaksa aku mencari ilham dan inspirasi dari majalah-majalah seperti pengantin dan sebagainya. Orang lain pegi bookstore tebus baucer buku beli majalah mangga lah, majalah pelam lah. Aku beli majalah pengantin. Mau tauke kedai tu tak gelakkan aku. 


Rumah kitorang pun penuh dengan barang hantaran in the making ja. Bila orang datang rumah cecepat sorok hantaran bawah karpet takut orang salah paham aku pulak yang nak kahwin.



Bila wedding day dah tiba, nasib baik angah suka, gembira and satisfied tahap di luar petala dengan hantaran yang kitorang buat. Gembiranya dengan hantaran tu toksah duk ceghite sampai nikah kena lafaz dua kali. Nebes katanya. Tsk! Tsk! Tsk!


So, literally, most of the time aku spend dalam cuti ni untuk prepare wedding angah.
But at the mean time, akulah runner, akulah masterchep, akulah bibik, akulah babysitter dekat rumah tu. 
Kena prepare dinner la, kemas rumah, bayar bil itu ini, pergi bank etc..etc..etc..
Check result exam pun sambil lipat kain tahu! Suri rumah berjaya sangat! *muntah coklat berasid*
So nasiblah suruh aku masak, tiap-tiap malam makan burger jelah ya. 
Well anyway anyhow, aku anggap ini macam latihan sebelum kahwin lah kan. Hak hak hak haks. *gelak gedik penuh agenda*



At the mean time I tried to make some room for le siblings time, especially dengan adik bongsu, Naqib sebab time aku ada kat rumah, dia pegi sekolah, bila dia ada kat rumah, aku pulak yang lesap. He's a fast growing kid. Tahulah macam mana budak-budak sekarang membesar. Tu tak campur lagi bila makan calci-yum. Bila dah besar mana boleh main tumbuk-tumbuk action carmen dengan dia dah. So whatever it is, family's first ait?



So, last sekali kena la tempek muka syok sendiri level infinity jugak kan. Muka bahagia orang berkahwin la katakan. Eh, silap. Muka bahagia SEPUPU berkahwin. *batuk tahap kronik* Somehow aku tak pasti kenapa tangan aku nampak begitu cacat sekali dalam gambar ni. Saya salahkan kamera.
Papepun, selamat pengantin baru to angah and wife, may you love and hold each other in the worst of times with trust, faith and belief; hoping the best for you on your auspicious wedding.
And as for me....
Welcome to new semester. Semester 4. Tahun depan dah grad. Insyaallah.
New sem. New spirit. and not forgetting the new locker and new study table too- Terima kasih UMT. :P

THE END...

1 comment:

Leods said...

cool... :) salam kenal jg buat tuan blogger...