Buku Baru...




Assalamualaikum...

Dulu time cuti semester bebulans-bulans, hati meronta-ronta nak balik uni semula untuk mulakan semester baru lah kununnya. *cehalasanmu.  Tiap-tiap hari tenung kalendar sampai mata berair-air kira hari nak balik uni sebab buhsan ya amat duduk kat rumah. Makin lama duduk kat rumah, maka makin meningkatlah kadar lemak tepu dalam badan. *Hypothesis accepted!

So, bila dah mulakan semester baru yakni semester 4 dengan taajubnya macam ko sorang ja yang paling semangat kat dunia ni; tetibe rasa macam nak balik rumah pulak. 
*kejadah aku ni? (tampar diri sendiri constantly with high frequency.)
Bak kata umi: 
Kalau nak balik, balik jela. Bajet macam nak balik rumah kena naik flight. 2 jam ja pon.
*on call sambil tengah kacau kari ayam kat dapur. Bau kari sampai masuk dalam fon. Fuhh!

Berbalik kepada perihal tadi,
Aku tak tahu kenapa, tapi semangat yang berkobar-kobar di luar petala yakni jika disuruh, maka ku kan daki puncak tertinggi di donia ini, tiba-tiba mengecil sebesar cucu cicit microbes. Mungkin kerana sem ni banyak subjek killer, or mungkin sem ni ramai lecturer yang killer, or mungkin sebab sem ni esainmen yang killer or mungkin jugak sebab sem ni tak jumpa cari balak yang killer lagi... 
*cehkegedikanmu. (tampar diri sendiri lagi sekali sebab suka pikir yang bukan-bukan.)

Memperkenalkan, Biostatistics- Subject killer. *lari terjun gaung namplohpat meter. 



Muka ketat buat lab killer. Tahap keimanan betul-betul teruji disaat ini. 


Kadang-kadang rasa macam junior pun ada sebab still terkapai-kapai cari kelas sampai kena guna sistem gps melalui ipad 3310. Bangunan baru bukak la katakan. Penat nya toksah duk ceghite sampai kena daki tingkat 5 walhal manusia lain mengambil alternatif untuk menaiki lif. Bajet siswa sihat lah kunun.
 *sambil tepis-tepis kelimumur atas bahu dengan takaburnya. 
Last-last, rupanya kelas dekat tingkat 2 ja. Tak pasal-pasal kena turun balik tapi kami masih mengekalkan muka kool seolah-olah hardcore tidak penat langsung mendaki tingkat 5.
*kesan dari sifat takabur ya teramat.


Bangunan baru. Mahupun outdoor atau indoor, gojess i tell you! 
*mata bersinar-sinar silau tahap Astigmatisme yang kronik.


Despite all the changes in this new semester, 
ada satu benda yang tak berubah...
dan takkan berubah even pada semester yang mendatang.....


Iaitu..Sifat ke-camwhore-an kami. Gojes kan? 
*okay, boleh muntah pelangi berasid sekarang.


THE END...

4 comments:

SHAZWAN AZIAN said...

mula sem baru dgn semangat harimau malaya.. haa

ajie_sakura said...

Good luck sem baru dear . u can do it . :)

Iylia Syazwanie said...

@SHAZWAN AZIAN

Hahaha... Baik boss! :D

Iylia Syazwanie said...

@ajie_sakura

Tankiu sweety! Appreciate it. :)