Berhentam!




Assalamualaikum...

*kejadian beberapa hari lepas*

Memandangkan tengah cuti, macam biasalah aku angkut kerepek pedas dekat dapur satu paket dengan segala stok makanan ringan dan berat yang ada bawak ke ruang tamu. Maka landing lah aku di atas sofa yang empuk macam dugong pemalas sambil mengarah-ngarah adik aku like a boss buat milo ais tarik 2 meter setengah macam kat kedai mamak. Ya..Ya..Aku tau, memang aku seorang kakak yang baik lagi budiman. Terima kasih. 

Sedang aku dengan adik-adik aku yang lain tengah syok menambah tahap kolestrol dan lemak tepu di badan dengan melahap segala makanan yang hado sambil tengok Running Man, maka kami pun gelaklah guling-guling atas karpet sambil tampar-tampar perut tahap kronik muntah kedaghah. 

Tak lama kemudian muncullah abah aku dengan kain pelikat petak-petaknya sambil buat muka berkerut. 

"Cerita apa lah yang korang tengok ni? Cerita cina? Dah tade cerita lain nak tengok dah?"

Krik..Krikk...Krikk... *Bunyi cengkerik sebagai jawapan kepada pertanyaan abah aku tadi.

"Apalah yang lawak sangat pasal cerita ni? Dari hari tu lagi duk mengadap cerita ni. Tak paham betei."

Dalam hati kitorang adik-beradik - Dahh...Sudahh...Dia dah mula dah....

"Abah tak tengok dari awal mana paham. Ni cite korealah bukan cina." Jawab adik aku sambil buat muka cemuh. Spoil mood betei. 

Maka abah aku pun tumpang duduk di atas sofa bersama. Tetibe kami rasakan ada aura gelap seakan menghalang kami dari keseronokan menonton Running Man. 
Keadaan senyap seketika. Aku dah tahu dah apa yang akan berlaku kejap lagi... Adik aku yang kecik tu pun diam seolah mengerti dengan situasi ketika itu. 
Tunggu masa ja ni... Habislah kami adik beradik....Habislah....

"Bak remote tu, mai abah tengok channel abah pulak. Apalah, cerita cina pun nak tengok."

Dah! Tudia! Aku dah kata! Betul firasat kebinatangan aku. 
Dengan hati penuh sebak aku serahkan remote tibi  kepadanya. Dahla time tu scene Kwang Soo buat hal dengan Jong Kook. Alahai menyirap betei. Hati dah durhaka dekat bapak sendiri semata berebut remote, nasib baik aku tak kena sumpah dengan abah jadi remote astro baru tahu. 
Adik aku membuka langkah masuk ke bilik pura-pura buat kerja. 
Aku tade kerja nak buat, mana boleh tipu pura-pura buat kerja. 
So aku terkandas depan tibi bersama abah dengan channel Nat Geo Wild nya. 

Dia begitu gembira dan teruja dikala melihat singa-singa bermain kejar-kejar di padang rumput dan dugong-dugong seksi bersantai di atas batu sambil tepuk-tepuk sirip diorang secara terencat. 
Aku diam. Dalam otak aku masih terpikirkan Running Man tadi. 

Aaargh.. Mengantuk la channel ni..Tukar la channel Running Man tadi abah... 


Tapi makin lama aku tengok singa tu, makin seronok pulak...
Tak lama kemudian aku pulak yang eksaited kemain. 

"Eh! Singa tu panjat pokoklah abah!!"
"Eh, kenapa singa tu kejar rusa slow sangat!! Alahai..."
"Wah! Gajah tu kejar singa tu balik! Padan muka kau singa tak guna!"

Lepas tu mulalah kami bercerita pasal binatang lah, tumbuhan lah sampai tak hingat dunia. Time tu lah aku luahkan segala knowledge biology yang aku dah belajar untuk menunjuk-nunjuk dekat abah. Abah pulak bajet tau semuanya sebab dia cikgu. Ciss. Aku kalah. Umi pulak sambil buat karipap sempat lagi tergelak-gelak dari dapur tengok kitorang berhentam.

As time goes by, aku perasan yang...
This is it.
This is what they called family time. 
Gelak, ketawa, berhentam, bergaduh, menunjuk-nunjuk... Bunyi macam remeh. Tapi, itulah family. 

Kadang-kadang kita tak perasan dengan benda-benda remeh macam ni.
Sometimes aku sendiri pun tak perasan sebab bengang dengan abah yang tak paham kitorang dengan cerita korea kitorang tu. 
But, in return, kita sendiri pun tak paham apa yang best sangat pasal singa main kejar-kejar dengan gajah kan?

We were born in different time and era.
Ol' skool and new skool takkan pernah sama.
But that particular difference lah yang melengkapkan kita kan?

Starting from now on, I'll appreciate every little fight, debate, laughing and boasting each other around in our family. Family is family, and family mana yang tak pernah berhentam kan? 
What say you? :)

THE END...

5 comments:

❤ Si Budak Vanilla ❤ said...

lyn runningman gk ea? kta sma. .hehhe. .

❤ Si Budak Vanilla ❤ said...

lyn runningman gk ea? kta sma. .hehhe. .

keyboard menaip said...

running man,, wau,, samalah ,, Ika pun pemint running man,, sekrg ni dh kat rumah sepupu,, rumah sepupu tak da astro, ika dah skip dah cerita running man,, ayah aku pun ckp tu cerita cina,,ahaha,,,

Iylia Syazwanie said...

@❤ Si Budak Vanilla ❤

Hahaha... Kita geng! Runningman itu mesti! :D

Iylia Syazwanie said...

@keyboard menaip

Kalau missed download lah Ika. Kita selalu download. Agaknya semua parents ingat tu cerita cina kot. Hahahah.