Zombies





Assalamualaikum...

Disebabkan sistem badan kami mengalami kejutan yang serius akibat daripada test yang melampau dan bertimbun sehingga mencecah KLCC ditambah lagi dengan final exam, maka gene-gene badan kami bermutasi menyebabkan kesembapan mata yang kronik dan minda yang bercelaru dan akhirnya bertukar menjadi power rangers zombie.  

Simptom awal zombie: Mata sembab dan kemerah-merahan, mulut muncong 3 depa, dan kening berkerut tanda stress.

Teruknya muka aku sampai kalau tengok muka dalam cermin rasa macam nak baling kasut bola saiz patplohnam ja dekat cermin sampai pecah seribu. Isk! *sebak*

Sampai satu tahap, member pun suruh aku buat plastic surgery kat korea. Murah katanya. Noharom punya kawan. Hock kee ciss seng betol!!!


Gambar atas: Kami sebelum bertukar menjadi zombie. Ceria dan comel.
Gambar bawah: Simptom awal zombie jelas kelihatan di situ. Stress dan serius.


So, untuk menghilangkan stress tersebut, kami cuba untuk tengok movie, bedal popcorn satu baldi then lepak-lepak... 


Kami juga cuba bermeditasi dan membuat yoga di atas bukit...


We ols juga cuba untuk mengurat Abam Neil Armstrong yang arm dia tadelah strong sangat. 


Kami juga pulang ke kampung menaiki tren untuk berjumpa sanak saudara yang sudah lama hilang di mata.



Selain itu, kami juga cuba muhasabah diri sambil menikmati pemandangan yang indah bagi menghilangkan segala stress yang ada.


Kami juga makan makanan yang berkhasiat bagi mengelakkan gene kami dari bermutasi.


Namun.....

Apakan daya....

Semua itu tidak berkesan....

Kami akhirnya bertukar menjadi......

ZOMBIE!!!!




Gene zombie activated! Roaarr!!!



Zombie mula menyerang keretapi tanah melayu dengan kekuatan fizikalnya yang berkuasa tahap infinity. Huahahahahahaha!!!!!*gelak jahat zombie*



Zombie berjaya mengambil alih KTM berhad. Pemandu tren diseksa dan dibunuh ditempat kejadian. *tragis*



Zombie cuba mengambil alih weapon merbahaya di pusat pertahanan negara. Namun tidak berjaya. 



Akhirnya, selepas menyerang KTM berhad, para zombie mula mengambil alih bas double decker UMT pula. Hah hah hah hah!!! 


AMARAN: Gambar aksi zombie seterusnya tidak diupload bagi mengelakkan trauma yang berlebihan kepada para pembaca. 


THE END...
nota kaki: harap ada ubat untuk tukar kitorang jadi manusia balik. =.=''

2 comments:

fairus said...

JALAN-JALAN DI SINI.. JALAN-JALAN JUGA YE KE BLOG SAYA.. :)

fairusmamat.blogspot.com

NadyaBubble said...

Zombie kampung mana ni ? Kampung durian ? Hehehe.