Resepi : Kek Batik Simple



Assalamualaikum... 

Dalam banyak-banyak kek, kek batik lah yang paling sonang nak buat dalam alam semesta honey stars ni! 
Yang tade bakat memasak pon boleh buat sebab kek ni tak payah bakar pakai oven, tak payah susah-susah nak sukat gula, tepung penaik bagai, nehi babuji nehi he! 

Okay, cukup dengan mukaddimah di atas. Bahan-bahannya adalah :


1 Paket Milo saiz kecik punya!
1 Ketul butter 250g
1 Paket Biskut Marie (Dipatah riukkan kepada beberapa bahagian.)
1 Tin susu manis (Kalau nak kureng manis boleh tarok setengah tin ja.)
1 Sudu besar esen vanilla (Saja nak bagi wangi dan sedap. Kalau tak nak tarok pon takpe.)

Okay, step-by-step process nak buatnya : 
1) Panaskan periuk, kemudian masukkan butter.
2) Apabila butter sudah cair, bolehlah masukkan Milo satu paket dengan susu manis. Lepas tu tarok satu sudu besar esen vanilla. 
3) Kacau dengan sebati sebab benda ni mudah sangat clump dan berketul-ketul.
4) Lepas tu, bila nampak adunan tadi dah sebati dan menggelegak, bolehla tarok biskut marie yang dipatah riukkan tadi.
5) Kacau semua biskut tu biar dia bermandikan coklat buat beberapa minit. Lepas tu tutup api.

6) Masukkan adunan tadi ke dalam loyang then tekapkan siket bahagian atas kek tu dengan senduk/sudu untuk kasi kek tu rata dan mampat!
7) Kemudian, masukkan ke dalam peti ais untuk beberapa jam. Dan wallahh! boleh dipotong, dihidang dan dimakan begitu sahaja! 



Ya! Ya! I know that mine doesn't look that tempting and I'm sure you guys could have done it any better. Tapi rasanya sedap hingga menjilat lutut jari! 
Actually, cake ni banyak version cara pembuatannya. Ada yang tarok telur lah, tarok kacang lah.Ada yang keras and ada yang lembik. Tapi aku lagi suka cara ni sebab senang and simple nak buat. But anyway, ikut selera tekak masing-masing lah kan.

Okay tu ja..Senang kan? Bolehla nanti buat kat rumah. :D

THE END...

2 comments:

Nurulee said...

Selalunya Ee beli je. tp mcm senang je kalau buat. hikhik =D

Iylia Syazwanie said...

@Nurulee

Kalau buat lagi banyak boleh makan! Hehehe. Buatlah! Senang ja! :D