My Raya



Assalamualaikum...

Orang lain raya pertama lagi dah update blog cerita pasal pengalaman raya masing-masing. Ada yang dah update sehari sebelum raya pon ada. Aku? Dah raya yang ke patblasribunamplohpat hari baru nak update. *Menyedihkan! Sungguh menyedihkan!
(*Menyorok belakang pintu dapur sambil menanges teresak-esak.)

Baiklah, akibat idea dan masa lapang yang teramat lapang mencurah-curah ke ladang gandum, baik aku update sebelom tak cukup kaki tangan lutut limpa sebab tak lama lagi dah kena balik ke UMT terchenta. *teguk air milo secawan*
(*Amaran : Post ini penuh dengan gambar-gambar syiok sendiri. Sila jangan teruskan pembacaan anda jika tidak tahan mual. Sekian.)

Raya aku tahun ni? Simple saja. Tapi yang penting seronok sebab semua saudara and member ada. Preparation raya aku dah buat awal-awal sebelom puasa lagi. Namun akibat kecelaruan minda yang tak berapa kronik, mesti ada jugak siket benda-benda yang tertinggal nak kena beli last minit. Maka berkampunglah kami di tengah jalan dihimpit oleh lautan kenderaan. 

Muka sememeh orang terperangkap dalam jam sebab lupa beli kasut raya.
Tidak mengapa! Demi mu kasut raya, kan ku redah jam stroberi ini! *lap air mata*


Biskut raya? Semua aku buat sendiri!!! Err, maksud aku, semua aku dan umi aku yang buat! Biskut kacang?Almond London, Almond Malaysia, Almond Afrika? Semua kitorang buat! Barulah feel siket nak raya. 

Biskut stroberi dengan kek batik - Yang paling cepat abes ditibai dan dilahap oleh tetamu jelata. 


Raya pertama, biasalah...Beraya dengan umi abah and adik beradik pastu exchange-exchange angpau. 


Nilah anak-anak Cikgu Nasharuddin yang tak senunuh gojes meletop vogue voom gedevass! 
Punyalah beriya mintak maaf bagai menanges air mata kristal emas permata, tapi tak sampai 5 minit dah bertumbuk balik. *facepalm*
Maaf kerana gambar buruk, kualiti kamera kakak amatlah tidak memuaskan. 
Ehh? Salahkan kamera pulak. =.=''


Okay, kucing aku Gary Marcello pon nak beraya jugak walaupon selalu kantoi puasa yok-yok. 
And FYI, umi and abah sengaja cari baju raya kuning sebab nak sedondon dengan Gary. Me is jelly!!! *Merajuk sambil buat adegan berlari-lari anak tepi pantai. 


Lepas tu, mulalah plan dengan member-member nak roundabout satu kampung kutip duit raya. 
What? Me is still young okay! *Sambil tempek Loreal Paris wrinkles reduction. 

Okay, akuilah! Kami comel!!!!!! 
*Dussh! Kena baling dengan buah tembikai 2 kilo.



Hey I just met you, and this is crazy, but here're our both hands, so angpau maybe?? :D
*Dussh! Kena baling dengan dua biji buah tembikai. 


Gambar ini blur. Tapi gedik nak tempek jugak kat sini..
*Dush! Dussh! Kena baling dengan buah durian. 


Okay, tu ja..Kan dah cakap simple ja raya tahun ni. 
Baju raya pon simple, tudung raya pon simple tade lilit lilit dan terbelit bagai...
Tapi yang simple pon boleh jadi meriah sebab semua orang yang kita sayang ada bersama. Ye dak? 

THE END...
nota kaki : kutipan duit raya menaik dari tahun lepas. maka terbukti saya masih muda! terima kasih loreal peris! :P

6 comments:

Tengku Laurel Adamila said...

Huhu. Meriah raya akak >,<

Iylia Syazwanie said...

@Tengku Laurel Adamila

Hehe..Alhamdulillah.Boleh tahan lah meriahnya sebab semua orang ada. Raya adik mesti lagi meriah kan? :)

Aku Mad said...

selamat hari raya :)

salam kenal dan follow , hehe

akumad.com

idea semulajadi said...

selamat hari raya aidilfitri :)

Iylia Syazwanie said...

@Aku Mad

Selamat Hari Raya jugak :) Thanks sudi follow! :D

Iylia Syazwanie said...

@idea semulajadi

Selamat Hari Raya juga akak! Maaf Zahir Batin :)