Kenapa Selalu Gagal?



Assalamualaikum...

As a normal human being,
I often questioned myself :
Kenapa result aku tak gempak? Walaupun aku selalu buat solat hajat, berdoa siang malam, kenapa result aku still tak gempak? 
And kenapa orang tu, yang selalu buat benda haram, jahil pada hukum agama, dan selalu menyekutukan Allah dapat result hebat? 4 berflat flat lagi. Kaya pulak tu. 
I didn't get it. Bukannya aku nak mempersoalkan rezeki yang Allah bagi. Tapi.....


I'm sure yang ramai lagi yang kat luar sana feel the same way like I do. 
And recently, I've watched a program on TV3 bertajuk Fiqh Wanita. 
And Masyaallah, ada seorang hamba Allah ni, menyuarakan soalan seperti soalan aku tadi kepada ustazah jemputan. And I was like : Kaku sekejap depan TV. I'd like to know the answer. Dah lama aku nak tau jawapan bagi persoalan aku ni. 

Maka ustazah tersebut berkata : 
Ada satu kisah di mana ia berkait rapat dengan soalan tadi. 
Pada suatu hari, ada dua orang hamba Allah pergi memancing.
Seorang kafir, dan seorang lagi adalah muslim. 
Orang kafir itu memperoleh hasil tangkapan ikan yang banyak lagi besar-besar belaka.
Manakala muslimin tersebut cuma memperoleh hasil yang sedikit sahaja. 

Maka malaikat menjadi hairan dan bertanya kepada Allah S.W.T : 
Ya Allah, kenapa hambamu yang taat kepadamu, selalu berdoa dan solat dan menuruti segala perintahmu diberi hasil atau rezeki yang sedikit sahaja berbanding hambamu yang kafir lagi jahil padamu?
Adakah itu tidak adil ya Allah? Bukankah Engkau menyayangi hambamu yang soleh? 

Lalu Allah S.W.T menjawab :
Aku telah menjanjikan hamba-Ku yang soleh dan taat kepada-Ku ganjaran yang pasti dan hebat iaitu syurga.
Manakala Aku juga telah menjanjikan hamba-Ku yang jahil lagi kafir ganjaran yang pasti lagi buruk iaitu neraka. Maka, Aku ingin menguji hamba-Ku yang soleh, sama ada dia layak menduduki syurga-Ku ini. Sekiranya dia tidak berputus asa berdoa kepada-Ku dan terus berusaha di atas kegagalannya, maka dia layak mendapat ganjaran ini. 


Subhanallah!!
Now, I get the answer. 
Rupa-rupanya Allah sedang menguji kita.
Jadi, bersabarlah.
Setiap kegagalan itu pasti akan membuahkan hasil. 



THE END...

No comments: