Surat Cinta Buat Kekasih...



Assalamualaikum...

Surat cinta buat kekasih.....
Oh kekasihku...

Saya sangat sedih sekarang nye pun...
Sedih tahap air mata keluar macam air terjun namploh tingkat sampai banjir satu UMT tak ketinggalan Giant, Mydin ngan Pasar Payang pon banjir sekali sampai masuk Sinar Harian edisi Ganu kite front page!
(*Oke, hyperbola melampau. Sila baling saya dengan buah tembikai cina saiz sederhana sekarang.)

Kenapa? Oh kenapa?
Kenapa awak buat macam ini dekat saya??
Sampai hati awak..Sampai limpa awak..Sampai pancreas usus perut dan segala-gala organ dalaman awak!!
Saya sayang awak sangat-sangat ketat-ketat macam menatang minyak yang penuh. Bukan setakat minyak ja.. petrol, diesel minyak masak seri murni tanpa kolestrol sedap menjilat jari pon masuk sekali! 

Awak kata awak nak tolong saya... 
Awak kata awak akan berada di sisi, di depan di belakang saya di kala susah dan senang..
Tapi mana?? Mana?? Tade pon? Jangan cakap yang awak dah berubah jadi invisible man!
Itu semua dusta belaka! Dusta!! Dusta! Mencik! Mencik! Mencik!
(*Adegan pakai sari warna pelangi menanges teresak-esak sambil berlari-lari keliling pantai UMT.)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hah! Awak! Awak tipu saya! Awak cakap nak tolong saya! Tapi bila saya exam, awak tak ade di sisi untuk membantu saya. Penipu! Penipu! Penipu!
(*Tumbuk-tumbuk buku ala-ala parsha shandas gediks.)



Hah! Awak pon! Awak kata awak sayang saya...Awak cinta saya... Awak nak tolong saya..
Tapi mana?? Mana?? Itu semua dusta belaka! Dusta bin penipu al blawok!

Awak buat saya sedih..Terutamanya awak wahai kekasihku Genetics...
Bila saya sedih..Saya takleh jawab exam..
Oh! Tapi nak buat macam mana..
Saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sampai saya tak mampu nak bersungguh lagi...
Andai kata saya gagal.. (Nau'zubillah himinzalik..)
Maka, lebih baik berusaha tetapi gagal daripada gagal kerana tidak berusaha... 
Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang.
Dan sebenarnya, kegagalan itu hanya bersifat sementara saja..

Oh, tolonglah kekasihmu di sini..
Kekasihmu yang masih sedang bertungkus lumus berjuang di bumi UMT ini...
Doakan kekasihmu di sini agar dipermudahkan segala urusannya...
Aamiin...

yang benar lagi benar dan tiada melainkan benar,
Iylia Busuk. 


THE END...
nota kaki : Musibah itu walaupun pahit tapi ia adalah kemanisan utk ke syurga. Sabar lah hati.. :')

2 comments:

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

don't be like this please..
yang lepas biar lepas k..
=)

Iylia Syazwanie said...

@Qistina Sumaiya...(^_^)
Op kos.. Yang penting kita dah usaha..Selebihnya kita tawakkal ja. Insyaallah Allah berikan kita yang terbaik. Aamiin.. :)