Belajar sebab?



Assalamualaikum...

As a normal typical student, memang normal dan typical lah kalau sesekali kita mengeluh bila bab-bab nak study nih...
(*Hiraukan ja ayat repetition yang boleh memeningkan kepala lutut anda seperti di atas.) 

Study ni penat lah..Buhsan tahap cipan tersepit lah..
Study banyak-banyak pon tak kompem lagi dapat A+++! Mencik! Mencik! Nyampah I!!
(*Tutup muka dengan tangan sambil hentak-hentak kaki.) 

Tapi kan, memanglah kekadang walaupun kita study berry berry hard sampai ter-berry sekali pon tapi still tak dapat A, nak wat macam mana ye Melah? Dah tadok rezeki ye Melah.. Yang penting ilmu yang kita dapat time study tu berguna. 

Yup. Berdasarkan pengalaman aku yang tak berapa nak berpengalaman nih...
Ilmu yang kita pandang enteng, ilmu yang kita study untuk exam dan kuiz-kuiz mengejut tahap sakit jantung mati hidup kembali yang lecturer korang kasi tu, sebenarnya sangat berguna dalam kehidupan kita. 

For instance lah kan, aku ni student Applied Science of Biodiversity yang banyak belajar pasal biologi tumbuhan, haiwan dan manusia...
Yes, memang tak dinafikan memang aku malas study. Aku study pon time nak exam je Melah oii.. 
(*Kenapa asyik-asyik keluar nama Melah nih?? =.='')

Tapi, walaupun ilmu aku ni sikit lagi ciput seciputnya, tapi masih berguna untuk aku apply-kan dalam kehidupan seharian aku...Kekadang aku pon terkejut dengan apa yang aku boleh buat dengan ilmu yang aku pelajari secara tak bersungguh-sungguh selama ini.

Sebagai contoh :

Kalau kawan aku gastrik, aku boleh tolong sebab aku pernah belajar pasal digestive system dalam badan manusia...

Kalau kucing aku muntah-muntah rumput, aku tau yang dia keracunan sebab tu dia makan rumput untuk memuntahkan racun-racun tersebut...So, tadelah aku panik menangis-nangis risau sebab kucing aku muntah rumput sampai pegi ketuk pintu rumah doktor malam-malam buta. 

Kalau adik aku sakit perut cirit birit, aku dapat syak yang adik aku tu keracunan makanan disebabkan oleh bakteria-bakteria tertentu seperti E.Coli dan ternyata sangkaanku benar bila doktor mengesahkannya! Hebat kan aku?
(*Tangan di dada mata ke atas.) 

Bila kawan aku kena patuk ular, aku tau nak buat apa sebab aku dah belajar tentang ular apa yang berbisa dan yang tidak, dan jenis bisa ular tersebut sama ada bisa tersebut memberi kesan terhadap sistem saraf atau sebagainya. 

Bila orang tanya kenapa muka aku tak sama dengan bapak aku, aku boleh explain kat dia pasal gene-gene dan DNA yang terlibat, pasal gene mak aku lebih dominan dan bapak aku punya gene lagi recessive maka berlaku linkage dan itu..ini..dan blah..blah..blah...
(*Explain sampai budak tu pengsan masuk wad. Padan muka kau Melah!) 

Bila kakak aku nak makan sushi, aku boleh backhand dan marah dia supaya jangan makan sebab sushi ni tak elok untuk kesihatan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius tahap membawa maut.
(*Padan muka kakak aku...)


See? Tu adalah sebahagian daripada contoh laa...
Walaupun ilmu tu kita amek sambil lewa, tapi still berguna dalam kehidupan kita. 
So, berhenti la komplen yang korang malas study ke hape ke.. 
Betulkan niat dulu..
Niat study sebab nak tambah ilmu kerana Allah..
Bukannya study untuk exam semata-mata ya Melah.. 
Barulah ilmu yang kita dapat tu berkat.. Ye ke idok? 


''Sesungguhnya, orang yang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit, dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang berada di dalam air..."
(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)




But I'm still looking forward on when to use and apply these in my daily life... =.='' 

THE END...

4 comments:

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

kang ade jugak kena backhand balik.. hahahhaa.. sushi ni, ada yang mentah, ada yang dimasak..

yang selalu sakit tuh sebab makan yg mentah2...

AyaZuki Is Cullen said...

adehh selalu study sebab nak lulus je..lepas keluar dewan exam terus horey dan lupaa dahh..huwaa T.T

Iylia Syazwanie said...

@AyaZuki Is Cullen

Hahaha..Normal la tu..Yang penting niat study tu.. Hahahaha..

Iylia Syazwanie said...

@Qistina Sumaiya...(^_^)

Iyaa.. Yang tak elok tu yang mentah le.. Kebanyakan yang dekat sushi king tu mentah..