Test is a Girl's Best Friend




Assalamualaikum....
Fuhh! Penat! Baru lepas buat larian berpagar empat ratos namploh kilometer...
(*Taip blog sambil lap-lap peloh yang tuk tap tuk tap menitik atas keyboard)

Oke, aku tipu..
Letih bukan sebab masuk pertandingan larian berpagar..
Tapi sebab asyik rushing buat kerja sana sini sampai bontot pon tak boleh nak tumpang duduk..

Tapi aku rasa, bukan aku sorang ja yang tengah kalut sana sini macam si Melah sebelah rumah kalut cari gelang mas namploh karat dia yang hilang..
Budak degree lain pon sama dengan ja sibuknya...
Al maklumlah, bila nak abes sem ni lecturer memang suka kasi kerja banyak-banyak sampai lebam.
Suruh buat persembahan muzikal ala-ala puteri Gunung Stong la, buat report lima ratos namploh nam muka surat la, buat program hari sukan la, settlekan urusan dinner la.. and yang paling menakutkan sekali adalah...
adalahh...adalah....adalah...
 EXAM AND TESTS! 
(*Fuhh! Terketaq-ketaq tangan aku nak taip perkataan ni..) 

Bila hujung-hujung sem ni, kami ada bespren baru----> test dengan exam.
Bak kata pepatah mat salleh yaakob , test is a girl's best friend.
Tapi bukan setakat girl's bespren... Tapi boy's bespren, mak cik cleaner's bespren, pak cik tukang kebun's bespren ngan Melah Lemah kampong seberang pon bespren sekali!
(*Oke, I exaggerate thing a little bit. Lalalalalaa~ Tak abih-abih cite pasal Melah =.='')



Hah! Nilah dia contoh report lima ratos namploh nam muka surat!
(*Buerkk!! Termuntah hijau + koko sedikit. Allergic sungguh aku tengok benda ni.) 



Ni contact lens sapelah yang terjatuh ni? Mesti Melah punya nih!
(*Nilah species binatang terlindung yang kami kena kaji. Sampai sekarang tak dapat dikenalpasti species apa. -sambil hantuk-hantuk kepala kat keyboard.)



Hawa : Aku dah give up! Aku nak balik kampong nak nikah dengan Pok Teh jual tebu.. Tsk! Tsk!



Muka penat lepas buat persembahan sebab tak tidur patploh hari patploh petang patploh malam.

Papepon, semoga berjaya kepada semua student degree yang nak amek final. Dan tahniah kepada semua student lepasan SPM yang berjaya masuk ke mana-mana IPT dan matrikulasi! Sila tepuk tangan kepada diri sendiri sebab sudah berjaya berada di tahap ini. Anda hebat! Kita hebat!
(*Tangan di dada, mata ke atas...)

THE END...
nota kaki : Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.. Aamiin... 

No comments: