Kahwin...




Assalamualaikum...

Kenapa aku post pasal kahwin hari ni?
Aku pon tak tahu..
Mungkin hormon progesterone aku tak stabil atau disebabkan oleh kejatuhan dinding endometrium yang kronik..
(*Sila bukak kamus Oxford Science edisi ke namplohpat kalau tak paham terms di atas.)

Atau..Mungkin jugak terkena penangan perkahwinan SchAwal semalam. 
Atau..Mungkin jugak aku sekarang dalam mood honeymoon sebab unibersiti cuti 3 hari...Yeah!
(*Err..Ada kaitankah?)
Atau mungkin sebab roomate aku asyik duk pasang lagu "Kompang dipalu...Kepom! Kepom! Pak Pak! Kepom!" berulang ulang kali di laptopnya..
Atau...Mungkin jugak..Mungkin jugak...Mungkin...Err..Mungkin...

Ah! Pedulikan semua ituh!
Papepon, kalau boleh, aku nak jadi macam umi and abah aku bila kahwin nanti..
Sebab?
Sebab diorang sangat sangat the bahagia hapilly ever after and after and after kuasa limaplohnam!
(*Alaa...Macam dalam cerita fairytale cinderella tu lah..Tapi lagi cool!)
Aku pernah tanya umi aku, apa rahsianya?
Umi aku cakap kunci dia "bercinta selepas kahwin"
And I was like...WUTT? HOW?? MACAM MANA?? OTTOKE BABUJI?
Macam mana kita nak cinta orang yang kita tak pernah kenal??
Bak kata Shontelle : Impossible! 


"Dan di antara kekuasaan Allah ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih dan sayang" 
(Ar-Rum 21)


See? Allah dah jawab semuanya based on surah di atas.
Apabila kita menikah kerana Allah, walaupon dengan total complete stranger, Allah akan menanamkan perasaan cinta dalam hati kita terhadap pasangan kita dan sesungguhnya, bercinta selepas kahwin itu adalah lagi afdhal dan tinggi berkatnya.

Kenapa lagi afdhal? Kenapa lagi berkat?? Kenapa? Dan kenapa?

Kerana bercinta sebelum kahwin mempunyai banyak risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini, bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam solat kalau diri diselaputi iblis dan syaitan? Dan apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah S.W.T

Namun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara batas-batas pergaulan agar dijauhkan zina dan fitnah. 

Oleh itu, kalau kita dah jatuh hati ke..jatuh limpa ke..
Pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam solat dan bertambah ibadah. Tapi, kalau cinta itu makin menambahkan maksiat, maka, cinta itu didorong oleh nafsu. 
Nauzubillah...


Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

THE END...

4 comments:

Nurfarahana Abdul Aziz said...

ei kita pun terasa nak kawen je ni :)

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Nurfarahana Abdul Aziz

Kan? Hahaha.. Pape pon, kenalah ready mentally and physically.. Baru boleh kawen! Hahaha :D

nuyunsyuhada said...

invite me when you are really planning on marriage :D

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@nuyunsyuhada

Hahaha..Insyaallah I will. xD