Petani Berjaya?




Assalamualaikum...

Hari ni rasa macam orang tua-tua pulak..
Bangun pagi, gosok gigi pakai kolget sampai berkilat, minum susu pastu pegi kebun..
Huh! Nostalgic betul!

Actually UMT ada buat satu event anjuran kelab yang fehmes emes lagi ohsem tahap petala ke 8 di UMT iaitu Kelab Biosis (Gabungan Mahasiswa Biologi). 
(*Ehem! Kelab aku le tu..Hohohoho! -Gelak ala-ala santa claus cacat)

Event tu nama dia TREES FOR LIFE!
So, kitorang kena tanam pokok ru tepi pantai UMT bertujuan untuk menghalang hakisan pantai dan memulihara alam sekitar dan blah..blah..blah..blah..
(*Oke, aku tengah berangan menari-nari hindustan dengan Aarong Ajis time dekan kasi taklimat. Huhuhehehoho)

Tetibe teringat time opah ngan atok aku selalu cerita pasal zaman dulu time dorang kena tanam pokok getah and toreh getah segala bagai, pastu kawen ngan opah aku bawah pokok getah and blah..blah..blah..blah..
(*Aku TERtidur time opah aku cerita, so aku tataw apa ending dia. Ampun opah! Ampun!)



AMARAN : Foto-foto dibawah diambil semasa era 40-an pada zaman penjajahan korea jepun dimana buruh-buruh paksa dikerah untuk menanam pokok-pokok ru disekitar pantai unibersiti meleysia terengganu kite. 





Buruh-buruh paksa sedang giat bekerja menanam pokok. 
Ish..Ish..Ish..Anak sapelah ni Melah! Ceq nak buat menantu lah! Rajin bebenor! 



Mak cik Iylia Senah janda beranak 5 dengan Mak cik Pipah Putih vogue voom gedevass! 



Seorang askar jepun memantau pekerjaan buruh-buruhnya sambil berkata : Budak yang tidak membuat akannya itu kelja ah, akan disebat sehingga lebam ma! Siapkan kelja anda dengan kadar segela!!
(*Puih!Puihh! Tersembuq-sembuq ayaq liuq! Tempias maa!)



Seorang buruh tempatan ingin membunuh diri kerana mengalami stress yang melampau apabila pokok yang ditanam tidak tumbuh. 



Mak cik Iylia Senah janda beranak 5 berperang dengan Mak cik Kechik kampung seberang kerana berebut tapak penanaman pokok. 



Askar-askar jepun ingin memperisterikan Mak cik Kechik kampong seberang, Mak cik Hawa ratu kebaya dan Mak cik Iylia Senah janda beranak 5 kerana mereka telah bekerja keras menanam pokok. 



Antara buruh-buruh yang terselamat dari kebuluran ketika menanam pokok. 


Tsk! Tsk! Nanti aku tua esok-esok,
aku nak tunjuk gambar-gambar ni semua kat anak cucu aku sambil ceritakan pengalaman aku menanam pokok..
(*Srott! Srett! Srott! -Sedut hingus sampai ke lantai sebab terharu)

Mesti anak aku bangga ngan aku kan? Tsk! Tsk!

THE END...
nota kaki : cik iylia on the way balik ke buduland a.k.a kelantan! :D

No comments: