Kantoi!

                       

 Assalamualaikum...

Ya....Ya..
Kuiz lagi dan lagi...
Balik cuti ja kuiz..
Balik cuti ja kuiz..
Kuiz ja balik cuti..
Puihh..Puihh..Puihh..Hakktuih!
Keluar semua kahak hijau yang ada. Tak payah minum ubat batuk cap ibu dan anak lagi.

Hari tu ada kuiz vertebrates...
Aku tak larat nak study sebab baru lepas cuti...
(*Mood cuti tak abes lagi wooh! Asyik duk teringat tibi kat rumah ja)

So, esok nak kuiz, malam tu baru aku bukak buku.
So, apa lagi?
ZAP! ZAP! ZAP!
Dengan rakusnya aku scan semua yang ada dalam buku setebal Kamus Dewan edisi ke namplohpat dalam masa 1jam sahaja!
Eleh, lagipon quiz tu buat dekat MSB ja..kecik..so boleh tiru..
Hohohohohoho!!!
(*Gelak jahat tahap pembunuh bersiri ada misai yang menakutkan)

Maka, kami semua satu kelas bersepakatlah untuk membantu antara satu sama lain tidak mengira bangsa, kaum dan agama..
(*Ceh..Time ni lah baru nak berpegang kepada konsep 1 Malaysia bagai =.='')

Kami berpegang kepada moto "Jawapanmu, Jawapanku jua" dan berbekalkan peluru berpandu dan bom atom untuk menembak mana-mana jawapan yang perlu.

Jadi, pada esok hari...Bermulalah kuiz tersebut.
Bila aku bukak buku soalan.....
Eleh!!! Sonang macam makan nasik lomak ja! Nasik lomak pon tak susah macam ni!
So, aku buatlah sedaya upaya aku dalam kuiz tersebut.
Sekali sekala ketiakku menanges dek rasa cuak yang teramat.
Sekali sekala aku duk sroot..sreet..sroot..sreet sedut hingus sampai ke lantai...
Sekali sekala juga aku jenguk jawapan member disebelahku yang terjojol jelas nampaknya.
Alhamdulillah..Rezeki Tuhan..
Hohohuhuhehehoho..
(*Gosok-gosok tangan sambil angkat-angkat kening)

Aik, Tapi jawapannya tak sama dengan aku punya.
Ah! Kompem aku punye betol ni! Mana boleh Lamprey die after spawning and blah..blah.blah..
So, aku tak tukar jawapan.
Tapi malangnya, aksi ku yang tak senunuh tadi diperhatikan oleh lecturer kami.
Ah! Tapelah! Bukannya dia tau nama aku pon..

Maka selepas itu berakhirlah kuiz kami.
Namun apalah nasibku ini...Tsk! Tsk! Tsk!
 Selepas beberapa hari, lecturer-ku ada membuat satu pengumuman kat My-Learn yang berbunyi :

Terima kasih kepada pelajar yg tidak meniru dalam test 1 ini. Pada mereka yang terlibat, markah paling minimum akan diberikan (you know who you are! ).

from DR OMAIMA...... 





Then, bebudak ni cakap yang Dr.O ada asingkan kertas kitorang. Yang kiri meniru, yang kanan yang tak meniru..

Cinabeng!!!
Omak engkau! Omak engkau!
Aku tergolong dari kalangan manakah?
Kanan atau kiri? Aku pon tak perasan...

Oh! Dr.O!!! Saya tak bersalah! Saya tak bersalah!
Ini tidak adil..tidak adil bagiku..
(*Tetibe lagu Yuna berkumandang)



Apalah nasebku....Terjun laut lah macam ni. Tsk! Tsk! Srett...Srott..Srett..Pui..Pui..Ptuiih!! 



THE END..
nota kaki : jangan toleh kanan atau kiri time exam walaupon untuk membetulkan urat tekak. nanti jadi macam saya. sekian.


3 comments:

Cik Pipah said...

iylia,hg rasa kta semua tergolong dlm golongan yg mn 1 ey?

ak risau gak sbnqnya.

saja buat2 kool...h0h0h.

Cik Pipah said...

iylia,hg rasa krts kta kiri ka kanan ey?

ak risau gak ni.

saja buat2 kool...hehe.

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Cik Pipah

Kita rasa kita punye belah yang meniru tu. Kantoi kot ngan Dr. Haihh! ~.~