Cakap Omputih!




Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas, aku and the gang yang vogue voom gedevass meletops pergi ke cyber cafe sebab nak print borang asrama yang 2 hari lagi nak kena hantar.
(*Ya memang...Memang kami suka buat kerja last second macam nih! Tulah kepakaran kami.)

Maka, lepas abeh kelas malam, kami pon terkocoh-kocoh lah buat rombongan sambil belajar ke cyber cafe berdekatan. Ketiak kami menanges dek kepenatan berkerjaran ke cyber cafe kerana takut cafe tu tutop. Ku rasakan otot-otot kakiku kembang kencup kembang kencup ala-ala Malek Noor akibat adrenaline rush yang teramat sangat. 

Apabila setibanya kami di cyber cafe tersebut, kami melihat akak kaunter cafe tersebut tengah ada konflik masalah negara dengan sorang mamat cina neh. So, kami pon pergi lebih dekat ke arah mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah mereka.
(*Ya memang....Memang kami suka berlagak jadi private investigator tak berbayar ala-ala CSI New York tuh. Puihh!)

Rupa-rupanya mamat cina tuh tak reti cakap melayu. Dia tengah bergaduh dengan akak cyber cafe tu dalam bahasa inggelish. Akak tu buat muka blurr layan tak layan sambil berkata dalam hati - Menatang apa la mamat ni duk bebel. Beghat nanang! Huhh! Wat bodo jela Melah!

Memberku yang senget Pipah, tetibe buat isyarat mata ala-ala Ziana Zain versi tersendirinya, menyuruh aku untuk meleraikan pergaduhan antara mamat cina tuh dengan akak cafe semata-mata kerana MUET aku band 4. Cilakak! 

Lalu, dengan berbekalkan ilmu MUET band 4 yang aku amek taun lepas...
(*Sengaja aku membongkak-kan diri di situ..Lalalalalaa~)
dengan gahnya aku macam superman pergi ke kaunter bagi bertanyakan apa masalah mereka dalam bahasa ingelish!

Lalu mamat cina tuh mulalah menceritakan apa yang berlaku dalam bahasa omputihnya yang slang mat salleh yaakob sebelah australia hulu utagha. Maka dia berkata :

Miss! I lost my thumb-drive here just now. It is Kingston. Red in colour. Have u seen it, miss? 

Oh choii!!! Tertinggal thumb-drive ghupenya! Ceq ingat apa la tadi...

Kak oii! brader ni tertinggal thumb-drive dia kat sini. Kingston kaler meghoh. Akak ado nampok ko idok??

Then, barulah akak tu terhegeh-hegeh kasi thumb-drive kat mamat cina tuh tadi.

Haisy! Akak neh! Cinabeng betol! Simple ingelish laik det pun u cannot understand ah?? Haiyya! Yow mo kao chow wa!! 
Tu lah pentingnya bahasa inggeris! Kalau simple english macam tu pon tak paham, macam mana masyarakat kita nak maju? Ye ko idok?

Kita belajar bahasa inggeris bukan nak berlagak pandai..or bukan nak mengagungkan bahasa asing...or bukannya nak jadi melayu murtad..
Kita belajar sebab untuk menuntut ilmu pengetahuan maa! Haiya lorh! 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sesungguhnya, orang yang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit, dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang berada di dalam air..."
(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


THE END...
nota kaki : kucing aku Gary pon reti cakap bi maa..!

4 comments:

Awie Omar said...

baru follow sini. dari awieomar.blogspot. jemput la singgah sana. berminat nak join Next Top Blogger 2 tak?

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Awie Omar

Haha.Thanks sebab sudi follow. NTBlogger 2? Haisy..Macam susah ja kita nak menang. Hahaha

Spudin said...

can u find me my eraser ? i want erase this super cool entry.. bhahaha...nah ! jgn amik aty..cool doe entri mu.. :D

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Spudin

Hahaha..Tima kaseh :D