Bila Scientists Masuk Hutan...

Assalamualaikum...

AMARAN : Entry ini agak panjang. Tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan penghidap asma tahap kronik. 

Baru-baru ini, kami selaku students Bio-D UMT a.k.a para scientists yang berjaya telah membuat field trip research di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang.
(*Tahan jela dengan ayat yang agak meloyakan seperti di atas =.='')

Kami dipertanggungjawabkan untuk membuat kajian mengenai spesies-spesies pokok, invertebrates, vertebrates, soil dan macam-macam inventory lain yang agak komplikated dan memeningkan kepala lutut anda.

Namun, kami semua amatlah gumbira tahap cipan tersepit kerana akhirnya kami dapatlah berlagak menjadi scientist yang sebenar bila berada di hutan nanti. Hip! Hip! Hooray! 


Bersiap-sedia menghadapi cabaran; Kami menaiki bas persiaran ke tapak kajian kerana kesemua 10 bijik bas UMT yang cun melecun telah di-booking.. Cilakak!


Sudah sampai; Muka sememeh orang mabuk bas...



Tekun; Para scientists mendengar taklimat dahulu sebelum memulakan research. 
Err..tekun ke??


Kami memulakan kajian kami mengenai small mammals. Jadi, kami memasang perangkap-perangkap kecil bersama umpan untuk diletakkan di dalam hutan. 
(*Umpan pisang di atas sudah tinggal separuh sebab telah dimakan oleh Dr.Iylia.)

Kemudian kami memulakan pendakian kami bagi meletakkan cage trap itu tadi. Bukit itu sangat tinggi maa.. Penat gila I tell you ah! Semua otot-otot kembang kencup ala-ala Malek Nor liou! 


Ini adalah antara small mammals yang kami dapat. Memperkenalkan..Encik Tikus yang hensem!
(* Kepada ibu-ibu hamil, jangan termuntah geli pulak sebab tengok gambar ni ya.) 

Hari kedua; Semua bersemangat untuk meneruskan kajian walaupon kami rasa sendi-sendi macam nak tercabut.


Aktiviti seterusnya adalah soil inventory. Kami kena korek-korek, gali-gali, dan menjahanamkan tanah tersebut. Oke, yang tu aku tipu. Sebenarnya kami dikehendaki mengambil sampel tanah untuk determine the layers of soil and blah..blah..blahh.. Zzzzz.....



Dr.Nazrin berkata : Saya telah menjumpai species baru! Saya akan namakan species buah ini Nazrinae sp.! Yeahh!


Kajian seterusnya adalah mengenai burung. Jadi, kami pon memasanglah mist net untuk capture burung. Kot-kot lah kan dapat helang ke..burung kenyalang ke..burung kasawari ke..kakak tua ke.. Huhu Hehe Hoho..



Last-last, burung ni jugak yang kitorang dapat! Alololololooo~ Comelnya..
Kami para scientists sepakat menamakan dia Si Comel  Orange Belliee Flowerpecker.
(*Nama panjang gila. Jenuh eden nak menyebutnya.. =.=') 


Hari ketiga.... Semua ceria lagi walaupon muka dah itam legam and berat dah turun 2 kilo.


Memperkenalkan dari kiri : Dr.Amin, Dr.Amin, dan Dr.Amin.. Hahahahaha



Research seterusnya adalah mengenai aquatic invertebrates. Yang ni syiok sebab kitorang dapat curi-curi mandi sambil buat kerja..
(*Ampun Puan Siti!! Ampun!! Sumpah kitorang tak buat dah lain kali!) 

Semua orang awam yang mandi manda kat situ konpius apalah yang budak-budak ni duk buat tertonggeng-tongggeng dalam air sambil bawak forceps, alcohol, urine bottles bagai.. Haih,apalah nak jadi dengan anak-anak muda sekarang..ish..ish..ish.. -sambil geleng-geleng kepala.



Next research adalah pasal ikang..Ya! Ikang..
(*What? Students UMT kena pandai cakak ganu ape? Ptuihh!) 
Oke, untuk research ni kami kena electrofishing dulu..
Tak main la tangkap ikan pakai joran ke...No..No..No..No Nehi babuji nehi he!
Kami scientists kenalah pakai alatan yang high-tech punye! Pasang ja suis, ikan timbul sendiri! Hohohohohohoho!!!
(*Gelak bangga sambil hidung kembang kempis)



Ni adalah antara sampel ikan yang kami dapat. Sebelah kanan tu nama dia Pak Itam manakala sebelah kiri tu nama dia Mak Siti. Wakakakaka!!! - Oke, yang ni pon aku tipu jugak =.=''



Proses penamaan dan persampelan ikan. Kita timbang berat ikan, ukur panjang dia, kasi nama, then buat babikiu!! Yipee!!


Berebut cari bijih timah  ikan. Dasat..Dasat..

Hari terakhir... Semua orang tersengah sampai nak rabak sebab gumbira semua keja dah settle then boleh balik kampung sambung buat report 50 muka surat.. Sobs..Sobs..!


1..2..3..! CLICK!!
Kami adalah scientists yang hebat!!!!



Yay! Dah boleh balik rumah!! Babai Bukit Bakar!! C U D IPT!!! 

Ulasan mesyuarat majlis-majlis para scientists se-UMT mengenai kajian kami : Overall semua berjalan dengan lancar! Tahniah! Anda menang motor!!
(*Errk? Bunyi cengkerik berkumandang..)

THE END...
nota kaki : doakan kami agar lab report kami siap pada masanya! Tskk..Tskk.. :'(

6 comments:

nik aziemah said...

Haha.. macam best je buat field trip...

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@nik aziemah

Hahahaha..Memang seronok!!! xD
*walaupon kulit dah itam legam kena bakar.pftt! Hahahaha

nuyunsyuhada said...

i love this entry. what a nice trip. ouh and nice blog btw

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@nuyunsyuhada

Hahaha..Thankies dear!! Appreciate that!a lot! :D

Unknown said...

salam wah best la msok utan..saye pun dpt umt gak hehe bio-d

Iylia Syazwanie said...

@Unknown

Waahh! Dapat Bio-D jugak ke? Tahniah! Tahniah! Bio-D sangat best!! :D Welcome to our club. Hahahahaha.