Pesakit aku mati?



Assalamualaikum...

Baru-baru ini Pusat Kesihatan UMT telah dikejutkan dengan beberapa orang pesakit yang sakit tenat pada masa yang sama. Aku selaku doktor bertugas bersama doktor-doktor on call yang lain bertanggungjawab bagi memastikan nyawa pesakit-pesakit kami selamat.
(*Hiraukan ja perkataan doktor yang gah tu =.=')

Aku, Dr.Pipah, Dr.Kechik dan Dr.Sharif ditugaskan untuk membantu pesakit kami yang mengidap sakit limpa yang tak berapa nak kronik. Manakala Doktor-doktor yang lain ditugaskan untuk menyelamatkan pesakit kami yang sarat mengandung 9 bulan yang tak lama lagi akan melahirkan anak.

Perkenalkan...... Pesakit-pesakit kami....

...

....

.....

......

.......


Ini En.Kodok Al-Kodokiko Lala. Beliau menghidap penyakit limpa yang tak berapa nak kronik. Beliau mengadu sakit di bahagian ulu hati selepas isterinya mengadu sakit nak beranak.



Inilah isteri En.Kodok tadi. Namanya Pn.Katak De Albukerkey. Beliau tengah kronik sakit perut sebab nak beranak.

Mereka berdua suami isteri dirawat di hospital yang sama. Kami selaku doktor-doktor pakar yang hebat dalam kedua bidang ini bertanggungjawab untuk menyelamatkan mereka.


Tengoklah kami..Bertungkus lumus lagi tulus menyelamatkan En.Kodok dan Pn.Katak.
Dari kiri : Dr.Sharif, Dr.Pipah, Dr.Iylia Comel dan Dr.Kechik.


Blueprint yang disediakan oleh Dr.Iylia sebelum operation bermula..
(*Eh, blue ke??)

Mula-mula aku try nak cium En.Kodok tu dulu kot-kot lah bertukar jadi putera raja indera kayangan bagai. Namun begitu, aku diterajang oleh Pn.Katak,isterinya. Cilakak! 
Operasi berjalan dengan lancar.. Sehingga lah Pn.Katak beranak songsang lalu kami terpaksa membedahnya dengan cara Cesarean. Manakala En.Kodok pula tetibe mengalami lemah jantung yang kronik tahap membawa maut.
(*Apalaa kaitan limpa ngan jantung pulak choi! =.=')

Kami......

Kami.............

Kami....Selaku doktor-doktor pakar.....

Yang amat pakar lagi hebat....................

Telah....

Cuba sedaya-upaya kami...

Bagi menyelamatkan kedua-dua pesakit kami......

Namun..Isk..Isk..

Tuhan lebih menyayanginya.....

Isk...Isk..Isk...

(*Ayat cliche drama melayu...)


WARNING (18 XXXL) : Gambar-gambar seterusnya tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung, pesakit jantung, pesakit kuku dan kaki dan juga pesakit kencing tak berapa nak manis. Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun kebawah, sila rujuk kaunselor sekolah masing-masing jika mentally traumatized bila tengok gambar tersebut. Sekian. 

|

|

|

|

|

 
Status pembedahan Pn.Katak De Albukerkey : GAGAL! 



Status pembedahan limpa En.Kodok Al-Kodokiko Lala : GAGAL! 

Kedua-dua pesakit meninggal dunia pada jam...
Pada jam..Err..
Pada jam...
Arrgh! Persyaitonkan semua itu! Pada jam akupontakingat!



Keadaan di bilik mayat Pusat Kesihatan UMT...



Dr.Iylia berkata sambil tersengeh kepada ibu dan bapa Pn.Katak : Tahniah! Anak anda melahirkan anak-anak berudu kembar 18 perempuan yang comel. Tapi, kami telah cuba sedaya upaya. Namun, Pn.Katak, En.Kodok dan anak-anak tidak dapat diselamatkan. Sila cuba sebentar lagi..Tutt..Tutt..Tutt...

Tidak lama kemudian, Dr.Iylia pula masuk wad sebab kena terajang dengan ibu bapa pesakit.
Sekian..

THE END... 

nota kaki : lusa Dr.Iylia nak bawak diri ke hutan. lari dari buruan polis atas tuduhan membunuh.

8 comments:

cik eiyQa said...

wah!! doktor haiwan ke? best nye! eqa pun bercita2 nak jadi doktor juga hehehe :)

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@cik eiyQa

Hahaha..Taklah dear, kita amek course applied biology ja..Nanti master boleh apply jadi vet. Wuwuwuwuu.. jadi vet sangat best okay! Hahahaha :D Insyaallah boleh! :)

Iera balqis said...

berani nya bedah katak tu...errrrrrrrr...awk xgeli ke dgn katak tu..klo sye da lama pengsan lagi2 nak p jahit katak tu..haha..owh..awk blaja biology basic ke..oke la tu..demi nak capai cita2 sebagai seorg doktor yg berkaliber mesti perlu ade keyakinan kan..hehe..gudluck for ur far journey & ur future also..hikhik =)

anyway , done follow here..hit me abck..please visit & follow my blog also..Although , please give some an ur opinion my entry also..tq =)

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Iera balqis

Hahaha..Bila dah minat tu Iera, tak kira dah geli ke hape ke.. Minat mengatasi segalanya.. Huhuhuhu.. Kita amek applied bio. Thank you sweety! :D Will definitely hit you back! :)

idea semulajadi said...

haha~ katak pulak mengandungkan~~~

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@idea semulajadi

Hahahaha... gagal gila lah jadi doktor. Hahah ~.~'

nuyunsyuhada said...

nice hijab. i like that <3

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@nuyunsyuhada

Hahaha...Thanks sweety! Tudung dah senget benget dah..Hahaha xD