Perkenalkan Diri



        Assalamualaikum...

Maka kini sudah hampir sebulan aku berada di semester II di UMT terchenta.
(*Yay!! Big round of applause to Cik Akak Iylia kita!)

Sepanjang masa itulah aku ditenggelami..dilitupi..dihanyuti..dan diterbangi oleh esainmen yang bertimbun-timbun macam baju kotor aku dalam bakul.

Untuk dijadikan cerita, semalam tanggal 13 haribulan 4 tahun 2012 merupakan tarikh keramat bagiku kerana aku diminta untuk bercakap di depan mamat-mamat ensem dalam kelas public speaking, full dalam bahase inglish yu noe!. Aku diminta untuk memperkenalkan kawanku manakala kawanku tersebut diminta untuk memperkenalkan diriku.

Kawanku bernama Kechik bukan nama sebenar memulakan bicara dengan supan memberi salam dan greetings kepada lecturer kami dan juga penonton-penonton yang kepoh. Semuanya berjalan dengan lancar and aku tersengeh lebar sepanjang speech tersebut sehingga Kechik menyatakan bahawa :

Kechik :  We often call Iylia as Ratu Gelen Air because she can finish a full big fat glass of water and carbonated drinks in a very short time you know!

Then, tetibe semua manusia gelak sambil tampar-tampar perut. Kulihat muka Madam Nina,lecturer ku tersayang mula merah menahan gelak. Aku? Buat muka toye sambil garu-garu kepala.

Tapi, tak sampai part yang terok lagi...
Then Kechik menyatakan bahawa :

Kechik : Iylia already has a boypren you know!!! 

Maka semua manusia dalam Kompleks Kuliah 13 mula bersorak-sorak dan aku tau, bebudak lelaki dalam kelas aku yang sewel itu akan jadikan aku bahan gelak dan usikan manja lepas abes kelas nanti. And sekelip mata sahaja chance aku untuk untuk menggoda mamat-mamat ensem kat UMT musnah dengan begitu sahaja. Mampuih aku!

Kemudian..Kechik menyambung ayatnya yang belom abes :

Kechik : Ya, Iylia already has a boypren...............................................which is a CAT named Gary. Wakakaka!! 

Maka, sekali lagi bilik kuliah tersebut bergema dengan gelak ketawa manusia yang tidak senunuh lagi sewel. Ku lihat muka Madam Nina tersengeh nampak gigi sambil bahu terhenjut-henjut menahan gelak. Kus semangat!

Lagi, Kechik dengan gahnya menyambung speech dia :

Kechik : Iylia loves to sleep lor. Especially in TITAS class!! Wakakakaka!!

Cilakak!  Secara otomatik aku rasa sahamku sudah jatuh 2 juta. Dem!

Kechik : Iylia also hates cockroaches! Last night incident, when she saw a baby cockroach, she otometikeli jumped in front of other people. Ol of de people saw us but we just smile without say anything. Hahahahaha!

Tang tu jugak bilik tu bergoncang bergema dengan gelak tawa siswa siswi BioD UMT.
Sahamku jatuh 2 kali ganda lagi. Ohmai. Apalah nasebku jadi bahan pada hari tersebut.

Selepas abeh kelas pablik spiking, semua manusia mengenaliku dengan gelaran Ratu Gelen Air.
Nampaknya, tidak sia-sia Kechik memperkenalkan diriku.
Nampaknya, aku mula dikenali.
Oh! Aku pasrah dengan dugaan ini.. Ptuih!



Apalah nasib. Sape la yang nak kawen ngan aku sekarang? =.=''

THE END...
nota kaki : aku memang suka minum air banyak pon..Lailailailailailailai....

10 comments:

Afiq Yassin said...

best la entry ni..

jom terjah entry afiq yang baru
http://afiqyassin.blogspot.com/

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Afiq Yassin

Thanks a lot! :) Will definitely visit u back! :D

**gastronomic ajim** = D said...

bhahahah~~ ratu gelen air~~
deyyy~~ ko baru satu bulan kami dah lepas mid sem kot~~
lagi 2 bulan setengah nk abess sem 2~~
muahahahaha~~
XD

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@ **gastronomic ajim** = D

Haisy kau. Sekeh nak? Kau cuti siket. Patut la dah mid sem..Hahahaha.. Aku mid sem awal bulan 4 ni duh..Sob.Sob.. Jangan panggil aku ratu gelen air kalo tanak makan terajang. Hahaha

Fyzal said...

helo doctor will be. friend introduce you and otherwise, seems all universities do that for some english paper, and it's fun. I experienced that few years ago.

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Fyzal

Ya! You're right! :D It was fun! Because I already took my revenge on her! Hahaha. Other students' speech were also funny and such! Can't stop laughing! Love the class :D

Norden Salam said...

nak minum banyak g kedai air buah gelas besar kat seberang takir la..amik gelas yang besar jug..terbaek..!!haha

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Norden Salam
Hahahahaha..Nanti kita pi try! xD

kamilkamaruddin said...

hahaha...lawak la entry ni.best2!!

gelen air~

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@kamilkamaruddin

Hahahaha..Kau memang suka lah kan bab-bab kenakan orang ni kan? Cis! Hahaha.. Btw, thanks! :D