Mempersiapkan Diri...



Assalamualaikum...
Huargh.. Line wifi UMT malam ini amatlah laju semacam.
(*Tahniah UMT! I labiu lah! )

So, aku mengambil kesempatan yang tak berapa nak sempat ni untuk hapdet sikit pasal what's going on this week and next week. Minggu ni, aku sibuk sikit banyak. Sibuk ngan lab report yang menggunung, sibuk dengan nak cari katak 3 ekor untuk next vertebrate practical, sibuk nak cuci baju kotor, sibuk nak buat persembahan muzikal Charles Darwin, and yang paling penting, sibuk nak mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental!

Kenapa aku nak sibuk-sibuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal? Kenapa? Kenapa?
Sebab minggu depan aku and da coursemate yang cool, hebat and vogue gedevasss kebabom akan masuk hutan buat field trip research kat Bukit Bakar selama 3 hari 2 malam..

Maka, aku and da geng pon mulalah mempersiapkan diri kami sebelum kami dipersiapkan.
Jadi, pagi tadi kami pon keluarlah untuk mencari kelengkapan yang telah di-listkan oleh lecturer kami seperti berikut :  


Maka, kami pon menujulah ke mall pada awal pagi dan terpaksa bersesak-sesak dengan manusia yang sibuk nak pergi shopping jugak sebab baru dapat gaji. Sigh~ =.='

Misi pertama kami adalah untuk mencari tidbits atau dalam bahase melayu pekatnya- jajan.
Tapi tetibe kami terskip tempat makanan lalu terus menuju ke arah tempat pakaian. Watde??
Sebaik sahaja ternampak baju yang berwarna-warni..Kasut yang comel-comel..Seluar tidur corak polka dots... Oh!
Kami tidak dapat menahan diri daripada tidak membelinya. Bagi kami, seluar tidur itu adalah sangat penting dan adalah satu keperluan. Maka, kami borong semua yang ada disitu. Kami amatlah gumbira dan tersengeh sampai nak rabak muka.
Tetibe kami terskip lagi tempat makanan lalu ternampak kedai feberet kami iaitu - Guardian.
Kami pon belilah hair serum, pencuci muka, pencuci gigi, jamu itu jamu ini. Benda-benda tersebut amatlah penting bagi wanita ya anak-anak. Kami pon sekali lagi bersuka ria dengan hasil borong kami. Yeah!

Tetibe...Omak engkau! Omak engkau!
Jajan tak beli lagi!!!!!!!!!
Lalu kami pon menuju ke arah sudut makanan lalu memilih jajan yang ingin dibawa ke Bukit Bakar.
Bila kami membuka purse masing-masing,
Kami mendapati ker-$hing ker-$hing kami sudah kering kontang.
Amma Appa! Help me!!!
Lalu, kami hanya mampu membeli air kotak sahaja untuk perjalanan selama 3 hari 2 malam tersebut...
Cuma satu perkataan sahaja yang boleh menggambarkan perasaan kami ketika itu - SEDIH!

Daripada banyak-banyak benda kat list ni, satu ja yang boleh potong.. Sobs..Sobs..

Nampaknya kami belum siap sedia sepenuhnya. Tidak mengapa.. Masih ada beberapa hari lagi before pegi field trip. Huh!

THE END...
nota kaki : janganlah anda boros ketika berbelanja. nanti membawa padah!

4 comments:

miss syaniera said...

Amboi-3 .. Busy nye dea.. Oke-2 .. Selamat maju jaya oke ilyia :)

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@miss syaniera

Hahaha..Boleh tahan lah bizinya tuu..Wuwuwuwu..Thanks sweety! :D

Operasi Hitam said...

ahahaha.. kepunan la g camp x bwk jajan.. :D

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Operasi Hitam

Haahhahaha..Tau tape! Bawak megi jelaa ~,~