Mitos Tentang Kehidupan Di Universiti




Assalamualaikum...

Ehem..Uhuk...Sakit tekak baca tajuk entry ni sebab panjang sangat!
Fuhh! Anyway, ramai adik-adik SPM, STPM and matrik kat luar sana tengah pening nak isi UPU, nak pilih uni yang gah lagi hebat untuk further studies, and mesti tak sabar nak menjejakkan diri ke menara gading and bla..bla..bla..bla..

Walaubagaimanapon...
(*Ewah! Ayat bombastik!)
Ramai yang pandang enteng tentang kehidupan kat uni ni. Macam-macam mitos aku dengar. Well, let mi tel yu samtink, korang takkan rasa bagaimana kehidupan kat uni kecuali bila korang sendiri dah masuk uni!
So, stop kan andaian-andaian korang yang tak betol tu..

MITOS 1 : Kehidupan kat uni lagi relek dari kat matrik. 

-Sape cakap macam tu sila beratur panjang-panjang mengikut kelas masing-masing kerana anda akan dirotan sekejap lagi. Mana ada! Itu mitos semata-mata! Idop kat uni lagi bizi maa..Ada esainmen bertimbun-timbun, field trip lagi, lab research lagi, study case lagi, test lagi, kuiz mengejut lagi...
Hah! Amacam? Ternganga semuanya ya? 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MITOS 2 : Hidup kat uni boleh berjimba bagai! Yay!!

-TETT!!! Maaf! Jawapan anda salah! Sila cuba sebentar lagi..Tut..Tut..Tut..
Memang hidop kat uni ni enjoy and fun! Tapi bukannya selalu! Hidup kat uni ni kena pakai banyak pitis mas. Buku-buku rujukan beratus-ratus satu! Yuran setiap sem dah beribu riban, tak campur duit nak makan lagi, duit nak beli syampu, softlan lagi. PTPTN RM3000 satu sem pon tak cukop nak..So, kena belajar berjimat cermat lah ye! Berjimat cermat adalah amalan yang mulia! Wakakakaa~


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MITOS 3 : Kat uni study relek ja..Wuwuwuu~

-Hotak hang! Kat uni kena study sendiri-sendiri! Bak kata orang putis yang tak berapa nak putis : Kena jadi independent maa!...
Kita kena print lecture notes sendiri, kena buat research sendiri. Jangan arap dah cegu-cegu nak kasi semua notes and info kat kita macam zaman sekolah menengah dulu. Kadang-kadang yang lecturer TAK CAKAP, yang tulah MASUK EXAM! Teruk kan? Tapi itulah realiti!
 BUHAHAHAHAHAHAHAHAA!!!
(*Gelak jahat penoh misteri)

Plus, korang kena buat presentation kat depan lagi, kalau lecturer tak puas hati kena buat balik! Huish!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay, itu ja tips yang akak iylia yang gojes bole kasi kat adik-adik..
(*Eh, tips ke?? =.='') 

Anyway, good luck time isi UPU, isi elok-elok, jangan salah pilih! :D

THE END...
nota kaki : sape-sape nak masuk UMT bole roger-roger akak iylia. *promot! 

6 comments:

Seri Ayu said...

yes thats true! haihhhh T____T penattt

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Seri Ayu

Hahaha..Kan? Seriously penat sehh!=.='' Tapi ada yang fun part dia :)

.........cP~ said...

Memang betul pun.. Tapi, kadang tengok orang lain yang ambik course lain, kat kampus lain, macam setiap sem pergi bercuti la bagai. kenapa saya tak berkemampuan dan berkesempatan nak berjimba2..uhuk. cuma time field trip la enjoy. itu pun sebelum tu kena selesai proposal la segala.

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@.........cP~

Time cuti sem jelaa kalau sempat berjimba pon kan? Hahaha.. Sem ni kita ada field trip. Sounds fun! Tak sabar! Hahahaha :D

Cheese Cake said...

sesungguhnya itu benar dan sangat benar . Sampai satu tahap x tau nak buat yg mana dulu assignment2 tuu . haishhh ~ -_-"

Iylia Syazwanie Nasharuddin said...

@Cheese Cake

Kan? Banyak sangat!!! Semua due date nak sama. Hahahaha xD