Resepi: Oreo Moist Chocolate Cake




Assalamualaikum... 

Actually ni dah boleh kira macam every-event recipe kitorang dekat rumah. Ada event pape mesti buat kek ni. Wajib! Raya puasa ke, bukak puasa ke, raya haji ke, pergi haji ke, wajib ada kek ni! Buat banyak kali pun still tak puas makan. Korang boleh tanya adik-adik aku, baru ja siap masak kek dah tinggal separuh tang tu jugak! Kek feveret zaman berzaman la katakhonn. Sape yang tak suka coklat khonn?? 

So, ramai pulak yang duk bertanyakan resepi kek ni. Technically kek ni sangatlah simple nak buat. Buat sambil pejam mata pun boleh. This recipe will shows that everyone can bake! 
So enough talking, let's get back to the recipe!

 RESEPI KEK COKLAT
Le Ingredients!!: 

3 biji telur saiz sederhana
2 Cawan tepung gandum
1 Cawan chocolate powder
1 Cawan susu manis
1 Cawan gula
1 Cawan minyak
1 Cawan air campuran Nescafe
1 Sudu kecik baking powder
1 Sudu kecik soda bikarbonat

Le Methods!!: 

1) Pukul telur and gula sampai kembang.
2) Campur susu dan kacau sebati.
3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama koko, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau hingga sebati.
4) Masukkan minyak, kacau lagi. Dan akhirnya masukkan air campuran nescafe tadi and kacau sebati.
5) Kukus dalam loyang 30-40 minit. 

RESEPI CHOCOLATE GANACHE/TOPPING 
Le Ingredients!!: 

Setengah cawan susu manis
Setengah cawan chocolate powder
1 Sudu besar marjerin
2 Sudu besar air panas
1 Paket kecik Oreo

Le Methods!!:

Campurkan semua bahan (kecuali oreo) and masak secara double boiler hingga agak pekat and sebati. Kemudian curah and ratakan di atas kek. Hancurkan biskut oreo secara kasar and taburkan di atas kek tadi. 

SIAP!!!! 

So, this is the result! Tempting kan??

So, don't forget to try it at home! A must!! 
Good luck!
*lambai-lambai pakai senduk*

THE END...

Cerita Hidup




Assalamualaikum...

Rasa macam dah agak lama tak update blog. Aku rasa kalau dibuat tapai dah lama boleh makan dah. 
Malas? Boleh dikira sebagai salah satu faktor. 
Sibuk? Pun boleh dikira sebagai faktor yang dominos dominan gitu.
Alaa, lagipun kisah hidup aku ni tade la menarik mana kalau nak dibandingkan dengan korang. Hidup aku tiap-tiap hari duk ulang alik pegi kelas, opis, lab, kelas, opis, lab, pastu kelas lagi pastu toilet jap pastu opis.
Tapi hari ni rasa rajin dia tu lain macam sikit nak taip panjang-panjang. So bear with me okay, kalau tak suka boleh pangkah tab sebelum ko baling sliper jepun kat laptop ko.

Nilah keja aku hari-hari. Kalau tak bukak whatsapp satu hari tak sah. Ada ja nak bincang pasal projek la, FYP la, sampling la, proposal la. Kalau pakai kredit kompem 1 hari ja kredit aku habis. *Maxis cekik darah*
Lately ni hidup aku agak busy. Final year lah kata khonn. *Fliphair*
Tidur pun tak cukup jam. Makan tak teratur sampaikan 2 minggu aku kat UMT ni dah turun 2 kilo setengah. 
Tak payah diet kau! Masuk final year kompem slim macam Che Ta gitew. *Kelip-kelip bulu mata 60km/j*

Mesti tuan hamba berkata di dalam hati tuan hamba seraya mengeluarkan keris: Cis! Cerita busy mengalahkan menteri timo leste ja.
Aaah! Tak caya sudah. Ada yang tanya, bila nak update blog?
Ko ingat senang aku nak pikir idea semua tu. Berguling-guling tertonggeng-tonggeng aku pikir tau sambil teguk tongkat ali setengah paket.

Okay, back to the story morry. Walaupun dah almost 3 tahun kat sini tapi ada ja experience baru. Semester ni aku dapat bilik dekat blok baru. Blok yang dipuja-puja dimimpi-mimpi oleh semua mahasiswa kat UMT ni yang hanya boleh dimiliki oleh 'orang-orang tertentu' sahaja. 
Aku? Of kos lah termasuk dalam golongan 'orang-orang tertentu' tu. *Lambai-lambai diva*
*Walaupun aku tak tahu apa yang dimaksudkan oleh 'orang-orang tertentu' menurut MKS*

Tapi on top of everything, kira bersyukur gila lah aku dapat duduk hostel compared dengan member aku yang kalut kena cari rumah sewa and so on. Yang merempat kat surau pun ada. Sebab tu kekadang bilik aku dijadikan macam sort of bilik tumpangan bagi member-member yang memerlukan. Alaa, bilik besor kan kongsi lerr. 

Hari tu, kitorang kena hantar borang final year project dekat penyelia. Gigih aku bangun awal pagi semata nak pegi supervisor nak mintak cop and sign semua. Bila-bila pergi ja bilik penyelia kunci. Katanya dia keluar. Rasa macam kaki aku ni longgar semacam ja bila tahu dia tade kat bilik. Banyak kali jugak aku tendang pintu bilik dia. Harap cctv tak record apa yang aku buat. Rasa so sad macam nak terjun bangunan ja. 

Oke, tapelah. Kalau dia dah tade alang-alang dah sampai fakulti ni boleh singgah lab sambung buat FYP slow-slow.  (Desis hati kecilku yang luhur)

Lepas tu aku terus proceed pegi lab dengan hati yang keciwe dan hampa sebab tak dapat hantar borang. 
Sampai ja dekat lab, En.Mad si lab assistant pulak hilang entah ke mana. Baru nak mintak guna portable microscope. So memang tak boleh buat apa aku hanya mampu tenung ja insects aku duk berendam dalam alcohol dengan perasaan hiba. Last-last aku balik bilik tapau roti canai cheese 2 ketul pastu merengkok atas katil sampai petang.

Malam? Bukak fesbuk check assignment baru. Memang kompem akan ada assignment baru yang dipost oleh para lecturer yang berdedikasi. Maigad!
Aku tidur around pukul 2 or 3 pagi. Time tu dah kira macam waktu yang paling optimum dah tu. Masa ni tak kira dah tidur tergolek ke terkangkang ke aku dah tak peduli. Kalau ada bunyi pelik-pelik tu aku steady ja sebab malas nak layan. Kalau ada bunyi kucing bergaduh or mengawan aku ada sediakan 3/4 ketul batu, nanti boleh baling ja ikut tingkap.

Fuhh, nampaknya kena tahan je la dengan timetable macam ni 9/10 bulan lagi.
Hati mesti kental, jiwa kena taff gitu. Dugaan memang banyak. Tapi lama-lama akan terbiasa punya. Dah nama pun tahun akhir. Tahun akhir mana yang tak azab dok?
Mesti kau bosan kan baca benda ni, yelah cerita pasal hidup aku je kan. Tapi kalau aku dah lama tak update blog tu satu ja kau kena tahu, aku tak ada idea nak tulis apa. Kalau setiap hari duk cerita pasal hidup aku pun bosan jugak. Okay lah, salam 1 Malaysia! *tetibe*


Final year? We can go through it!

 “If you don’t value your time, neither will others. Stop giving away your time and talents. Value what you know & start charging for it.”
-Kim Garst
THE END...

The Finale




Puan Umi: Dah ready belom?
Aku: Haisshh... Cuak ni. 
Puan Umi: Rilex la.. Semua oke punya nanti. (Tepuk-tepuk bahu)
Puan Aku: Eh?? (Buat muka kedut seribu)


Ingat lagi perbualan ni 2 tahun lepas. 
Perbualan 2 tahun lepas dalam kereta, ketika on the way nak daftar sambung degree. 
First time nak masuk uni la kata khonn.. 
Tak sangka 2 tahun dah lepas macam tu ja. Macam.... Macam... Macam kita tekan button 'forward' dekat remote time tengok DVD. Ha! Macam tu lah. Cepat. Cepat sangat.

And now, dah final year. Final year kau Melah! Final year!!!
 (Jegil mata sambil tepuk-tepuk bahu Melah tanpa motif.)
Kalau lah hidup aku ni ibarat drama tv or telenovela, ni dah kira season finale dah la.
Time season finale ni lah cerita tengah panas, tengah banyak konflik dalaman luaran, tengah banyak drama. 
Samalah macam hidup aku sekarang. 

Sekarang pergi daftar untuk sem baru dah tak cuak macam dulu lagi dah. Umi pulak yang stress sebab dah bosan pi mai pi mai menghantar aku. Ececeh...


Tahun akhir tak mudah. 
Tahap ni semua dah tak boleh depend dengan orang lain dah melainkan diri sendiri dan....dan.... mungkin sedikit kasih sayang dari lecturer. Mungkin... 
  
Kekadang aku bertumbuk dengan kawan aku.
 
"Untunglew orang tu dah final year...Untunglewwww"

"Tak untung. Nanti abis belajar cepat kena cari kerja awal, kena kahwin awal."

"Untunglewwwww.....lew...leww..."

"Dusshh! *kena backhand*"


Papepun, from this now onwards harap semuanya berjalan lancar lah khonn...
Mintak tak jam macam traffic dekat Gua Musang time raya hari tu. 
Eh, Gua Musang jam ke? Ahhhh.. whatever nabilicious delicious! 
(Jadah keluar nama Nabil pulak. -.-'')





Bila dah masuk season finale ni, semua orang dah start kalut bincang pasal nak kerja apa nanti, nak buat praktikal kat mana, nak tunang bila, nak kahwin bila. Dah tade dah nak bincang pasal sape budak paling ensem kat kelas, pasal mak kiah jual hot dog kat kiosk tak sedap, pasal tuan rumah cekik darah, pasal jumpa kucing mengawan dekat kafe. Dah...takde...dah.

Tapi buat apa pikir semua tu? 
Buat apa pikir pasal future? Apa kata concentrate on the present time ait?
Bak kata Jessica from the movie Twilight;

When we were five, people asked us what we wanted to be when we grew up.
Our answers were things like, Astronaut, President, or in my case, a princess.
When we were ten, they asked us again. 
Our answers were things like a Rock Star, a Cowboy, or in my case, a gold medalist.
But now that we've grown up, they want a serious answer.
Well how 'bout this- Who the hell knows?!
This isn't the time to make hard and fast decision. This is the time to make mistakes.
Take the wrong train and get stuck somewhere.
Fall in love-A lot!
Major in Philosophy because there's no way to make a career out of that.

Change your mind, and change it again because nothing's permanent.
So make as many mistakes as you can.
That way someday when they asked what we wanna be, 
We won't have to guess. 
We'll know. 


THE END...